Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Semoga Seluruh penduduk Kampung Kuak Luar selalu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Segala yang tersilap harap dimaafkan. Apa - apa yang tersurat di dalam blog ini, tiada niat untuk menyakiti sesiapa. Hanya untuk renungan bersama.

Bacaan Al Quran

Jumaat, 11 September 2009

Rebutlah Diskaun Yang Ada

Assalamualaikum...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kumulai bicara pada pagi ini dengan memuji segala kebesaran bagi ALLAH tuhan semesta alam. Selawat dan Salam kepada junjungan kita nabi muhammad s.a.w, para - para nabi , kepada ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para syuhada, para ulama' dan guru - guru.

Bermulalah fasa yang terakhir di bulan ramadhan. Fasa ini terlalu banyak diskaun yang diberikan. Rebutlah, rebutlah, rebutlah jangan dibiarkan ia berlalu pergi. Fasa yang terakhir ini juga terdapat satu malam yang dinantikan oleh umat islam iaitu malam lailatul qadar ( malam yang lebih baik dari seribu bulan ). Fasa yang ketiga ini ALLAH menutup pintu Nereka kepada hamba - hamba yang memohon kepadanya. Hiasilah malam - malam terakhir ramadhan ini dengan beribadat kepada ALLAH s.w.t. Bertahajjud la kita di malam - malam terakhir ini. Lupakan seketika kepada pelukan isteri kerana selepas ini peluklah sepuas - puasnya bagi yang sudah berumahtangga.

Marilah kita bersama - sama berkiamulai di masjid atau dirumah bersama keluarga. Supaya kita ditemukan oleh ALLAH s.w.t dengan malam lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh ALLAH s.w.t. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar maka rugilah bagi orang yang tidak merebutnya.

MB Turun ke Pengkalan Hulu

Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Ku mulai coretan pada hari ini dengan memuji tuhan sekalian ALLAH yakni ALLAH s.w.t. Kerana dengan kasih sayangNYA kita masih menghirup udara yang segar di bulan Ramadhan ini. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w , ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para anbia' , para panglima perang yang syahid di jalan ALLAH terutama yang bersama dengan baginda menegakkan Agama Islam yakni agama yang di redhoi disisi ALLAH s.w.t.

Pada 8.9.2009 MB kita Dato' Sri Zambri Abdul Kadir telah melawat ke Pengkalan Hulu untuk menyerahkan sebahagian geran tanah kepada penduduk Pengkalan Hulu. Dalam sesi lawatannya ke Pengkalan Hulu bersama beberapa para exconya, MB telah memilih untuk bersama - sama dengan Penduduk kampung kita ( kampung Kuak Luar ) untuk berjemaah menunaikan solat Asar selain beramah mesra dengan penduduk kampung.

Dato' Zamri telah menunaikan sembahyang Asar bersama - sama penduduk di Pondok Pak Teh. Selepas menyampaikan beberapa amanat MB terpaksa bergegas ke Gerik kerana akan menyambut Tuanku Raja Muda yang dijangka tiba lebih awal di Gerik. Tuanku Raja Muda telah mencemar duli dengan mengadakan Jamuan berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Bandariang.

Ribuan terima kasih kepada Dato' Sri Zambri kerana sudi untuk melihat walaupun hanya di dalam kereta pemandangan di kampung kuak luar. Diharap ini bukanlah yang terakhir Dato' Sri melangkahkan kaki ke Kampung kuak luar tetapi biarlah menjadi permulaan yang indah untuk Dato' Sri melangkah kembali ke sini. Sesungguhnya kecil tapak tangan, stadium lombong kami tadahkan untuk menyambut kedatangan Dato' Sri. Terima kasih juga kami ucapkan kerana Dato' Sri sudi untuk melihat sekolah Pondok dan membantu untuk mempertahankan sistem pondok ini.

Kami akan bersama - sama dengan Dato' Sri untuk mempertahankan keharmonian negeri Perak daripada anasir anasir jahat yang cuba untuk menjadikan negeri Perak ini huru - hara , InsyaALLAH. Sesungguhnya, harapan kami supaya DS dapat mengekalkan Agama kita yakni agama islam sebagai asas pegangan di dalam pentadbiran DS.

Selasa, 1 September 2009

Salam Merdeka

Assalamualaikum...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kumulai bicara pada pagi ini dengan memuji segala kebesaran bagi ALLAH tuhan semesta alam. Selawat dan Salam kepada junjungan kita nabi muhammad s.a.w, para - para nabi , kepada ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para syuhada, para ulama' dan guru - guru.

Semalam genaplah 52 tahun kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini MALAYSIA. Ulang tahun kemerdekaan tahun ini disambut pada bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan ramadhan. Bulan yang dituntut kepada kita untuk memperbanyakkan ibadat dan bermuhasabahkan diri kita.

Marilah kita beriktikaf di dalam masjid pada bulan ini selama mana yang kita mampu walaupun hanya 5 minit. Bermuhasabahlah diri kita apakah yang telah kita lakukan kepada Negara , Agama dan bangsa kita. Apakah yang telah kita persiapkan tentang diri kita untuk bertemu yang maha kuasa. Sedangkan kita akan memperkemaskan diri untuk bertemu kekasih hati.

Fasa pertama ( fasa rahmat ) bulan ramadhan telah ditutup semalam dan kini kita telah memasuki fasa kedua ( Fasa Keampunan ) bulan ramadhan. Marilah kita sama - sama memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t untuk diri kita, kedua ibu bapa, anak - anak, isteri - isteri , adik adik, abang abang , kakak kakak , saudara mara dan semua muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun telah meninggalkan kita. Sesungguhnya ALLAH akan mengampuni dosa - dosa orang yang memohon di fasa kedua ini. Ambillah dan kejarlah diskaun yang ALLAH berikan ini dan janganlah kita mengejar diskaun yang dikeluarkan Pasaraya - pasaraya di bulan ini.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Majlis Sambutan Ramadhan

Assalamualaikum..

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Segala Puji Bagi ALLAH tuhan yang memerintah sekalian alam.
Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w, seluruh ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda. Juga kepada seluruh anbia' yang telah diamanahkan untuk menyampaikan kebesaran ALLAH, juga kepada para syuhada yang telah mempertahankan agama suci kita ini, juga kepada para ahli sufi yang mengharumkan keagungan islam , juga kepada para ulama yang telah menyampaikan risalah islam setelah perginya junjungan kita nabi muhammad s.a.w

Pada ahad 16.08.2009 bersamaan 25 syaaban 1430 bertempat di dewan orang ramai kampung kuak luar akan diadakan Majlis Sambutan Ramadhan. Sesungguhnya ramadhan telah hampir tiba. Alangkah bersyukurnya kita apabila masih ditemukan oleh ALLAH dengan bulan Ramadhan. Bulan yang membawa seribu keberkatan kepada kita. Bulan yang dalamnya ada lailatul qadar ( malam yang lebih baik dari seribu bulan ) melalui firma ALLAH :

AL QADR(KEMULIAAN)
SURAH KE 97 : 5 ayat

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sesungguhnya amat gembiralah bagi yang menunggu ramadhan. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, ramadhan mengenal kita erti kekuasaan ALLAH s.w.t dan ramadhan mengajar kita melawan nafsu.

Di dalam ramadhan adanya tanggungjawab kita sebagai seorang islam. di dalamnya ada fardu yang ketiga kepada kita iaitu berpuasa. Sesungguhnya puasa adalah rukun islam yang ketiga. Jika rukun di dalam sembahyang tidak kita lakukan pasti terbatal sembahyang kita. tidak dikira sembahyang kita. maka islamkah kita apabila tidak menunaikan rukun islam yang ketiga.

Puasa dari segi makna adalah menahan diri daripada makan dan minum. Puasa dari segi syara' pula menahan nafsu makan , minum , syahwat, pancaindera seperti mata , telinga , mulut daripada melakukan maksiat atau kezaliman ( meletakkan sesuatu di tempat yang salah ) pada waktu yang ditetapkan yakni setelah terbitnya fajar sehingga terbenamnya fajar mentari.

Di dalam ramadhan kita dianugerahkan dengan bangun sahur di sebelah awal pagi dan kenikmatan berbuka puasa di awal malam. Kita diberi pahala yang banyak bagi yang bersahur. kita juga disyorkan supaya melewatkan waktu bersahur supaya tidak terasa terlalu lama untuk menahan lapar. Kita juga diberi pahala pada waktu berbuka dan digalakkan supaya mempercepatkan waktu berbuka yakni terus berbuka apabila masuk waktunya dengan makanan yang manis - manis.

Di malam ramadhan kita di anugerahkan dengan sembahyang sunat terawih. Buatlah seberapa yang kita mampu 8 rakaat sehingga 20 rakaat dan ditutupkan dengan sunat witir 3 rakaat. Buatlah bersambung - sambung ataupun terputus putus seperti selepas dua rakaat keluar minum sambung semula selepas itu. Hiasilah malam ramadhan kita dengan beribadat kepada ALLAH s.w.t. Pelbagai sembahyang sunat yang diajar kepada kita yang tidak kita mampu lakukan pada hari biasa lakukan lah pada bulan ramadhan. Berdoalah kita sebanyaknya di bulan ramadhan kerana doa kita terus diterima oleh ALLAH s.w.t.

Sebelum ini kita sudah terlepas dengan bulan rejab tunggulah tahun hadapan pula. Kita sudah berada di penghujung bulan syaaban. Tetapi kini jangan pula kita lepaskan ramadhan yang hampir tiba.

Akhir sekali tujuan artikel ini ditulis untuk menjemput semua ke Majlis Sambutan Ramadhan yang diusahakan oleh ketua Belia kita En. jalil n da geng. Semoga ALLAH memberkati segala usaha mereka. Marilah sama - sama kita membantu dalam mengimarahkan majlis yang mulia ini pada tarikh seperti di atas. waktu jalil x cerita la kat aku lagi.. udah hantar message tapi dia x jawab.

Rabu, 5 Ogos 2009

Malam Nisfu Syaaban

Bismillah Hirohhma Nirrohim.
Dengan Nama ALLAH yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Alhamdulillah Hirobbil 'Alamin. Segala puji Bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekelian Alam. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulan Nabi dan Ramadhan adalah bulan Ummat.
Di dalam bulan rejab kita dianugerahkan malam isra' mekraq, bulan ramadhan kita di anugerahkan dengan malam Lailatul Qadar ( yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan ) dan pada bulan ini yakni bulan Syaaban kita di anugerahkan oleh Maha Pencipta dengan Malam Nisfu Syaaban. Malam yang dianugerahkan kita dengan pahala yang berganda. Apakah yang kita faham tentang malam nisfu Syaaban ini? Malam ini adalah malam nisfu Syaaban, malam yang dikatakan penutup segala buku untuk tahun ini dan digantikan kita dengan buku yang baru. Malam yang mengharuskan kita merenung kepada amalan kita pada tahun ini. Renunglah di dalam diri kita apakah yang telah kita lakukan. Janganlah kita merenung pada orang lain. Walaupun kita sering nampak kuman di seberang tetapi gajah di depan mata sering terlepas pandang.

Pelbagai kelebihan telah diberikan kepada bulanSyaaban. Bagi yang terlepas untuk mendapatkan kelebihan bulan Rejab kejar bulan Syaaban ini. Lakukanlah amalan - amalan yang akan meningkatkan iman kita seperti imarahkanlah malam - malamnya dengan sembahyang sunat dan siangnya dengan berpuasa. Tetapi sayang bagi yang berpuasa pada hari 15 syaaban sahaja.

Malam ini, malam menyambut Nisfu Syaaban hiasilah malam ini dengan pelbagai amalan yang telah di khaifiyatkan kepada kita seperti membaca yasin, sembahyang sunat nisfu dan pelbagai doa yang telah dibacakan oleh penghulu kita dan sahabat2nya serta waris - warisnya yang terdahulu dari kita. Malam ini selepas solat maghrib secara berjemaah di masjid hiasilah dengan sembahyang sunat ba'diah ,awabin dan solat sunat nisfu syaaban. sesudah itu bacalah surah yasin sebanyak 3 kali. Dan berdoalah dengan hati yang tulus ikhlas kepada ALLAH s.w.t yang maha kaya.

Bacaan Yasin yang pertama - Mohonlah supaya umur dipanjangkan dalam kebajikan.

Bacaan yasin yang kedua - Semoga kita menjadi ummat yang kaya ( tidak meminta selain dari ALLAH s.w.t )

Bacaan Yasin yang Ketiga - Ditetapkan iman di dalam hati kita ( sering mengingati ALLAH s.w.t)

Ada pelbagai kifayat dalam mengimarahkan malam nisfu Syaaban ini. Buatlah apa juga cara yang kita mampu. Di atas adalah amalan yang sering dilakukan oleh orang biasa seperti kita. Tetapi alangkah bagusnya jika kita dapat menambahkan lagi amalan - amalannya seperti menambahkan sembahyang sunat awabin diantara bacaan yasin.

Maaf dipinta kerana artikel x sempat disempurnakan kerana ada hal sikit... Boleh juga baca kat sini : Mache Boy
Nanti aku tulis lain .. Yang penting bermula pada malam ini marilah kita mengimarahkan masjid pada setiap waktu. Hanya 5 waktu difardhukan kepada kita mungkin selama 10 - 15 minit hanya 1 jam sahaja sehari. Luangkan masa kita. kerana pasti kita dipanggil untuk bertemu yang maha kuasa. sesungguhnya setiap manusia itu pasti akan merasai mati. Selepas itu kita akan kekal selamanya di syurga atau nereka. Pasti binasa bagi penghuni Nereka kerana dilaknat oleh yang maha kuasa maka sudah tentu gembiranya ahli Syurga selamanya kerana dirahmati dan dikasihi oleh yang maha pengasih lagi maha penyayang. Assalamualaikum..

Rabu, 15 Julai 2009

Pak Da Leman Kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum...

Takziah diucapkan kepada keluarga Pak Da Leman kerana kembalinya beliau ke rahmatullah lebih kurang pukul 11 pagi tadi. Terlalu banyak kenangan aku bersama dengan Pak Da leman terutama tibanya musim korban ( raya haji la.. ) sebab ramai yang akan cari beliau untuk menyempurnakan sembelihan korban. Pak Da leman juga menjadi temanku semasa kuliah di masjid kuak luar. Beliau selalu mengurut belakang ku apabila selesai kuliah.

Semoga roh beliau ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman dan beliau ditempatkan kedalam syurga jannatul firdaus. Al - fatihah di hadiahkan kepada beliau . Al fatihah.

Rintis penyatuan Melayu - Raja Muda PERAK

"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara,"

Isnin, 6 Julai 2009

Terima Kasih Kerajaan

Tahniah kepada semua Penolong Pegawai Tanah ( PPT ) kerana penganugerahan skim terbaru yang diluluskan oleh kerajaan melalui Pekeliling Perkhidamatan 16/2009 . Sekalung ribuan terima kasih juga kepada AJK Penolong Pegawai Tanah yang bertungkus lumus untuk menjayakan skim ini. Mulai hari ini diminta semua Penolong Pegawai Tanah hendaklah bekerja dengan bersungguh - sungguh dengan anugerah yang telah diberikan. Tanggungjawab juga semakin bertambah untuk Penolong Pegawai Tanah maka sesungguhnya semua Penolong Pegawai Tanah hendaklah menambah ilmu pengatahuan mereka di dalam bidang tanah. Dengan beban kerja yang semakin bertambah sudah semestinyalah ilmu menjadi teman yang sejati. Sesungguhnya amalan yang tiada ilmu tidak akan dihitung oleh ALLAH s.w.t.

Rabu, 27 Mei 2009

Adu Domba - Kisah Kedua

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.” (Muslim)

Sesungguhnya janji ALLAH s.w.t adalah benar dan pasti akan berlaku. Apabila tiba waktunya maka terjadi ia. Kalam ALLAH " JADILAH " maka " JADILAH IA". Maka telah tertulis dalam suratan ILAHI sesungguhnya Dato' Dr Zamri telah menggantikan Dato' Sri Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Kenapa sesetengah golongan tidak dapat menerima ketentuan ini. Adakah mereka lebih mengetahui sesuatu kebaikan atau keburukan itu dari YANG MAHA MENGETAHUI. Andainya begitu mengapa perlu mereka melakukan pelbagai perkara sedangkan mereka telah tahu apa yang akan dan sedang terjadi.

PAK TEH telah menerima dengan hati yang terbuka tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya seluas 45 Ekar. Bersyukur kepada ALLAH s.w.t dengan anugerah itu. Anugerah yang dikatakan telah dikurniakan oleh PAKATAN RAKYAT sedikit sebanyak dapat menceriakan hari - harinya yang mendatang. Tanah yang dicadangkannya untuk meningkatkan lagi jalan dan cara untuk menyampaikan JANJI ALLAH kepada hamba - hambanya. Dengan nada yang lantang PAKATAN RAKYAT telah memaklumkan kepada semua rakyat PERAK bahawa anugerah itu telah disempurnakan hanya sanya memakan masa hanya 5 minit. Dan tanah itu telah diluluskan oleh Ust baru iaitu Ust Nga. Maka dengan rasa bangganya mereka mengumumkan kepada RAKYAT PERAK itulah cara untuk menolong golongan yang menyampaikan risalah ALLAH. Dan dikatakan kepada RAKYAT PERAK bahawa tanah itu telah dikurniakan kepada PAK TEH atas nama PAK TEH di dalam hakmiliknya. Tetapi dengan rasa rendah diri PAK TEH dan mengetahuinya itulah ketentuan ILAHI yang sudah tersirat POLITIK adalah POLITIK. Walau siapapun mereka penipuan akan berlaku di dalam politik.

Tanah yang dicanang kepada RAKYAT PERAK bahawa itulah tanah PAK TEH untuk mengembangkan ilmu agama hanyalah mimpi di siang hari. Pada suatu hari dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT, PAK TEH telah dipanggil untuk bermesyuarat tentang pembangunan tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya. PAK TEH telah dimaklumkan bahawa tanah itu telah digazetkan untuk MAJLIS AGAMA ISLAM. Setiap pembangunan ke atas tanah itu tidaklah mempunyai hak PAK TEH ke atasnya kecuali MAJLIS AGAMA. PAK TEH telah di nasihatkan kepadanya bahawa sanya tidak dibenarkan untuk membangunkan tanah itu walaupun dengan sebuah pondok. Dan di atas tanah itu MAJLIS AGAMA sahaja yang berhak keatasnya. PAK TEH dikehendaki untuk membuat segala perincian keatas tanah itu jika ingin membangunkannya. Dan jika perincian itu diluluskan oleh mereka yang diangkat menjadi AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH maka barulah PAK TEH dibenarkan membangunkannya. Dan PAK TEH juga dinasihatkan supaya tanah itu hanya boleh dibangunkan dengan tanaman KOMESIAL seperti GETAH atau KELAPA SAWIT. Dan setiap keuntungan ke atasnya haruslah dibahagi empat. Pertama kepada MAJLIS AGAMA, Kedua Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ) yang ada disitu, Ketiga Sekolah Menengah AL- Moktariah ( juga ada di atas tanah itu ) dan keempat Pondok PAK TEH.


Sejarah tanah bermula 10 tahun dulu. Sebenarnya tanah ini asalnya bagan ragut Kg. Kuak Luar. Semasa pemerintahan Dato' Sri Diraja Tajol Rosli, beliau telah membatalkan gazet bagan ragut ini dan diluluskan untuk dibangunkan dengan Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ), Tapak Rumah Guru - guru KAFA dan Sekolah Menengah Agama al-mokhtariah yang muridnya terdiri daripada pelajar - pelajar Pondok PAK TEH seluas 20 ekar dan diluluskan atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK. Disebabkan itu tanah tersebut mempunyai baki seluas 25 ekar dan terlibat dengan Talian TNB lebih kurang 5 ekar. Melihat keadaan ini Pak Teh cuba untuk mendapatkan 20 ekar bakinya untuk dibangunkan dengan pusat pengajiannya disebabkan kawasan pengajian sedia ada hampir dipenuhi dengan pondok - pondok pelajar. Maka sebagai mudir pusat pengajiannya PAK TEH telah memohon baki tanah diatas namanya setelah berbincang dengan pelbagai pihak supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Difahamkan disebabkan beberapa masalah Dato' Sri Tajul Rosli telah menolak permohonan di atas nama PAK TEH dan meminta supaya permohonan itu ditukarkan kepada Majlis Agama untuk PONDOK PAK TEH. Satu ketentuan ILAHI telah berlaku sebelum Majlis Agama membuat permohonan ke atas tanah itu, BARISAN NASIONAL telah kalah di dalam pilihanraya ke 12 pada 8 MAC 2008.

Maka bermulalah satu era politik yang baru tanpa kajian yang teliti, tanpa rasa rendah diri dan dengan rasa bangga diri, PAKATAN RAKYAT telah meluluskan perkara ini sebelum membuat segala perincian. Dengan rasa bangga diri PAKATAN RAKYAT telah menipu semua rakyat perak. Dengan membawa perkara ini sebagai kelemahan pemerintahan yang lalu. Tetapi mereka lupa tentang kegelojohan mereka ini telah memakan diri. Maka ditakdirkan ILAHI hanya 11 bulan pemerintahan diberi disebabkan gabungan yang tidak diredhoi.

Mungkin perkara ini DS Nizar pun tidak tahu dan tidak pernah untuk rasa ambil tahu sebelum ini. Mungkin perkara ini dipermainkan oleh ahli jawatan PAS KAWASAN. DS Nizar jangan mudah ditipu oleh PAS KAWASAN.

Selasa, 26 Mei 2009

Adu Domba - Kenapa jadi begini ( kisah pertama )

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad S.A.W , Ahli keluarga baginda dan juga sahabat baginda sekalian.

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon yang menyuruh aku membaca surat khabar harakah. Tetapi disebabkan sudah tiada lagi surat khabar harakah maka aku meminta kepada penelefon tadi untuk menerangkan apakah sebabnya beliau ingin sangat aku membaca Harakah iaitu surat khabar rasmi bagi satu parti politik yang aku hormati. Walaupun aku tidak menjadi salah seorang ahlinya kerana aku adalah ahli kepada satu lagi Parti Melayu. Tetapi aku amat menghormati kepada Parti ini kerana Ahli - ahlinya terdiri daripada Ulama' - Ulama' melayu masakini. Dan disebabkan itu aku tidak berani untuk memperkatakan sesuatu yang buruk kepada Parti ini. Ulama' adalah pewaris nabi, maka menghina ulama seperti menghina nabi. Aku tidak mahu tergolong di dalam golongan orang - orang yang menghina nabi. Bahawasanya Nabi terutama Nabi Muhammad S.A.W adalah makhluk ALLAH yang paling mulia, makhluk yang diciptakan ALLAH paling Cantik, Indah dan sempurna. Tidak ada lagi nabi selepas nabi Muhammad S.A.W dan pewarisnya adalah para ulama'.

Jadi bagaimana aku ingin menghina mereka yang aku anggap ulama ini. Sesungguhnya ilmu mereka di dalam bidang Agama amatlah tinggi. Apalah ada pada diriku yang selalu lari apabila azan berkumandang keudara. apalah yang ada padaku yang selalu mengejar kemenangan dunia. Waktu sekolah aku selalu ponteng. Pintu pagar belakang menjadi temanku diwaktu rehat. sedangkan temanku yang lain menjadikan waktu belia mereka dengan mencari ilmu tetapi aku mencari keseronokan yang tiada bayang. Hanya angan - angan dan impian kosong yang ku kejar.

Maka sekarang aku bangun untuk mencari cahaya. Aku mencari apa yang telah aku janjikan pada yang maha pencipta. Aku mencari janji - janji maha pencipta kepada hamba - hambanya. Siapa lagi yang akan menepati janji jika bukan Maha Penepati Janji. Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah yang bersifat dengan kebenaran. Tidak ada satu Kalam yang diucapkannya adalah bohong. Kesemuanya menunjukkan kebenaran. Kebenaran yang dijanjikannya kepada hamba - hambanya. Sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.

Setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang dan setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang. Itu janji ALLAH s.w.t kepada semua hambanya. Kerana Al - quran itu diturunkan semua manusia, Tidak kira bangsa, keturunan inikan pula parti politik. Tidak kira kulit kita apa warnanya kuning, putih, hitam dan sebagainya. Al - quran menjadi pedoman dan panduan kepada kita semua. Sesungguhnya jalan yang benar adalah bagi yang mengikuti al - quran dan sunah nabi s.a.w.

Hati al - quran berbunyi " Katakanlah ( wahai muhammad ) sesungguhnya Allah itu esa , ALLAH tempat kita memohon pertolongan, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada satupun yang menyerupainya atau sekufu dengannya dan ALLAH itu Esa."

Didalam kitab hidayatul Salikin ada menyebut sabda nabi " Sesungguhnya aku lebih takut kepada ulama' suk ( jahat ) daripada dajal yakni ulama yang mementingkan dunia ". Maka hari ni ramailah mengangkat diri mereka sebagai yang baik, pembela agama, penegak kepada kebenaran. Sehinggakan diri mereka direndahkan mereka sendiri. Merekalah yang membawa kebaikan kepada semua ummat melayu dengan memberi janji - janji manis syurga ALLAH. Sehinggakan yang diangkat kepada pembela agama di negeri ini dihina, dicaci, dimaki dan digelarkan dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan. Mungkin apalah yang ada dengan gelaran MUFTI itu. Seorang yang diangkat semasa pemerintahan Khalifah yang lain. Tidak semasa Khalifah daripada golongan mereka. Mufti telah dikaitkan dengan sabda NABI s.a.w seperti di atas kerana tidak berpihak kepada golongan mereka. Andai kata ucapan Mufti memihak kepada mereka pasti dia dijulang, disanjung dan diangkat pada satu tempat yang tinggi.

Setiap kesilapan pasti akan dihukum, tiada kemaafan kepada golongan yang membuat silap. Walaupun kesilapan itu hanya dari pandangan mata golongan mereka. Semua dihukum sehingga di doakan supaya mendapat laknat dari ALLAH s.w.t . Sungguh tinggi ilmu mereka sehinggakan setiap lubang kesilapan walaupun sebesar lubang jarum pasti akan dicari. pasti akan direka supaya tiada titik untuk disambung, tiada jalan untuk menuju kepada perpaduan. Perpaduan bagi mereka satu mala petaka kerana binasalah golongan mereka. Perpaduan akan mematikan langkah mereka. Mereka lupa seketika " DAN berpegang teguhlah kamu dengan Tali ALLAH dan jangan kamu berpecah belah".

Setiap langkah mereka juga telah diperhatikan, akan diperhatikan tetapi setiap langkah itu pasti akan tercatat pada bukunya. Sesungguhnya Rakib dan Atib tidak akan lupa janji mereka kepada yang Esa. Kebenaran tiada putus bagi mereka. Kebenaran menjadi pena mereka. Walaupun yang tersirat inikan pula yang tersurat pasti kebenaran itu datang bagi hambanya yang memohon berada di pihak benar.

Selasa, 12 Mei 2009

SIFAT BENAR - NIK ABDOH

Benar adalah sifat yang mulia. Lawannya, bohong adalah sifat yang keji. Membezakan benar daripada bohong adalah sebahagian matlamat Allah ke atas kehidupan manusia di dunia ini. Allah benar – benar mahu menyaksikan golongan yang benar terpisah daripada golongan yang bohong. Satu di syurga dan satu lagi di neraka. Lihat al Ankabut:3.

Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.


Klik Pada Tajuk

Kerja - Kerja Bodoh Dalam PAS - Keluhan NIK ABDOH NIK AZIZ

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar – benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

MENANG BERSORAK KALAH MEMBERONTAK

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Keputusan mahkamah berkaitan dengan pelantikan siapa Menteri Besar Perak yang sah telahpun diketahui semalam dan hakikat tersebut diterima dengan tenang oleh Datuk Dr. Zambry dan juga Perdana Menteri yang meminta rakyat khususnya ahli-ahli UMNO/BN bersabar serta tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

untuk maklumat lanjut klik pada tajuk :

Isnin, 11 Mei 2009

Kuasa Yang Tiada Kuasa

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sejak keluar keputusan mahkamah tadi kepala aku terus pening, macam mana ada kuasa tapi tiada kuasa. Itu yang akan terjadi kepada DS Nizar. Adakah DS Nizar akan berani untuk menghadiri sidang DUN dengan AMAN tanpa Hasad Dendam seperti 7/5/2009. Macam mana seorang MB akan mentadbir sebuah kerajaan tanpa majoriti. Apakah usul akan diluluskan tanpa majoriti, kalau itu yang terjadi semakin punah dan gila kuasalah orang - orang yang gila kuasa. Fikirkanlah setiap usul yang DS Nizar akan kemukakan akan mendapat bantahan dari majoriti ahli DUN. Adakah Undi tidak percaya yang akan dilakukan kepada speaker dan MB oleh BN akan diterima oleh DS Nizar dengan hati yang tenang dan Demokrasi yang mereka lekatkan di bawah Pohon Keramat mereka. FIkirkanlah NNT sambung balik aku nak balik dah... hehehe

Keputusan Mahkamah Tentang Rayuan DSNJ

Mahkamah Tinggi putuskan DS Nizar MB Perak yang sah.
Mahkamah Tinggi juga bersetuju dengan permohonan DS Nizar bahawa kerusi MB tidak kosong dan beliau masih MB yang sah.

Mahkamah tolak permohonan peguam Dr Zambry untuk tangguhkan keputusan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuan rasmi.

Untuk Maklumat lanjut Tekan DISINI

Tahziah Kepada Keluarga Tok Esah

Assalamualaikum....
Semoga orang kampung yang berada di perantauan berada dalam sihat sejahtera.

Untuk maklumat semua. Tok Esah ibu kepada pak chok, Mat Jan , Cikgu Jali dan ahli keluarga yang lain telah meninggal dunia pada hari jumaat malam sabtu lebih kurang 10.00 mlm dalam message yang aku terima.

Semoga Allahyarhamah berada di dalam rahmat ALLAH s.w.t selalu.

Dengan lafaz Bismisllah Kita sedekah kan alfatihah kepada beliau. AL Fatihah.

Khamis, 23 April 2009

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum.. Kepada semua geng kuak luar yang berada di perantauan.
Adik - adik, kakak - kakak , abang - abang , makcik - makcik , Pak cik , Pak cik dan tuan - tuan , puan - puan, dato' - dato' dan datin - datin yang mana dapat jemputan kenduri di kampung kita seperti senarai ini silalah balik... jangan tak balik...
Woi balik kampung makan kenduri bulan enam ni..

31/5/2009 rumah ank cher peli kat kg. baru
1/6/2009 aku rasa ni rumah ustaz lias ( hanip )
3/6/2009 kenduri elan... dijemput semua member kampung n keluarga.
4/6/2009 Rumah paklong husin - anak dia husni
6/6/2009 Kenduri rumah ja, halim, yo.. adik perempuan dema kawin
7/6/2009 aku rasa ni rumah ustaz kossim
9/6/2009 aku rasa ni rumah ustaz hashim ( maden )

Semoga yang dapat balik tu.. diucapkan ribuan terima kasih. dan pandulah berhati - hati di jalan raya. Jangan jadikan jalan raya kubur kita..

Khamis, 16 April 2009

Pahlawan Perak

PENJAJAH Inggeris cuba mengaitkan Ngah Ibrahim Long Jaafar (1836-1895) dengan kematian JWW Birch tetapi tiada bukti kukuh menyebabkan mereka menggunakan muslihat dan menahan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu itu di Singapura.

Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke halamannya pada 2006. Sambung Tekan Sini

Demontrasi hari jadi Sultan - Apa sudah jadi

Pemuda UMNO melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar bahawa tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak jika DUN tidak dibubarkan klik kat sini

Master Dedah - terus mendedah

PAKATAN PEROSAK RAKYAT. UNDILAH MEREKA KALAU NAK RASA DIROSAKKAN LAGI. SEGALANYA ROSAK BILA PAKATAN ROSAK MEROSAKKAN RAKYAT. ROSAK BANYAK DAH MEREKA NIH. KERETA CAMRY JA YANG TAK ROSAK..TAK NAK PULANG PULANGKAN SEMULA. untuk maklumat lanjut sila masuk sini

Khamis, 26 Mac 2009

Takziah kepada keluarga Sudin ( Mat Temenun )

Semalam dalam kesibukan di PWTC untuk memilih calon Ketua Pemuda UMNO kampung kita dikejutkan dengan kematian Mehah isteri mat termenun iaitu ibu kepada sudin, bek bek, man dan beberapa lagi anaknya. Arwah telah meninggal lebih kurang pukul 6.00 petang 25/3/2009 di hospital Baling. Difahamkan arwah telah masuk hospital pada hari isnin/ selasa tidak berapa pasti. Dipohon kepada semua untuk menyedekahkan alfatihah dan juga surah al ikhlas ( 3 kali ) kepada arwah. Nabi pernah bersabda bahawasanya pahala 3 kali bacaan surah al ikhlas menyerupai pahala membaca satu al quran. Bagi yang ada masa banyak bolehlah membaca sebanyak yang boleh dan sedekahkanlah kepada semua mukminin dan mukminat di seluruh dunia yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kita amnya dan kepada semua penduduk kampung kita khasnya.
Setakat ini untuk hari ini. Difahamkan arwah akan dikebumikan pada jam 10.00 pagi ini.

Rabu, 18 Mac 2009

Takziah Kepada Keluarga Pak Ber - Alfatihah

Mungkin ada yang kenal Allahyarham Pak Ber iaitu siak Masjid Pekan Kroh. Dia selalu naik motor EX5 dan menetap di Padang Tamat. Nama sebenar beliau adalah Md Fadzil Bin Salleh. Menantu kepada tok wan maden iaitu Che Ariffin adik ipar kepada mak maden. pening sikit la aku terang ye hehe.. tapi kalau yang kenal dia tentu selalu dengar dia dok buat lawak. Sebab dia suka tegur orang dan selalu buat lawak. Dia juga adalah orang kuat dalam unit penguatkuasaan bagi unit maksiat pejabat agama pengkalan Hulu. Sesapa yang selalu beli nombor ikut tu tentu kenal dia sebab selalu kena kejar dengan dia. orang yang selalu dok beromen kat takong pun banyak yang kenal dia kerana dia selalu membuat lawatan ke situ. Dengan erti kata lain Arwah Pak Ber lah yang selalu menjaga dan memelihara keharmonian Pengkalan Hulu dari golongan2 yang ingin melakukan maksiat. Menjaga keberkatan kepada Penduduk Pengkalan Hulu.
Difahamkan Pak Ber meninggal disebabkan penyakit kencing manis yang dihadapinya. Dia meninggal di rumahnya setelah selesai mengambil air sembahyang. Difahamkan alllahyarham baru sahaja keluar dari bilik air rumahnya. wallahua'lam yang tu je aku dengar. Difahamkan juga Allahyarham akan dikebumikan pagi ini lebih kurang pukul 10.00 pg.
Semoga ALLAH mencucuri rahmatnya kepada Allahyarham Md Fadzil Bin Salleh ( Pak Ber ) dan diletakkan didalam golongan2 orang yang beriman. Semoga arwah dijauhi oleh fitnah2 kubur dan dan diterangi oleh cahaya iman .. amin ya rabbal alamin.

Isnin, 2 Mac 2009

Lan Eksiden

Pagi tadi aku bergerak ke tempat kerja baru pukul 7.10 pg. Bila sampai je ke kg. pahit aku nampak sebuah kereta dalam longkang. Aku pun berenti la nak tengok kereta tu, terkejut aku bila aku terperasan yang kereta tu lan sekerat yang punya. Apa lagi mengelabah bewak la aku. Dah la waktu tu tak dak kereta yang lalu lalang, kereta aku ja yang ada waktu tu. Aku terus buka pintu kereta tu takut lan masih lagi kat dalam, Alhamdulillah tak dak orang dah dalam tu. Lepas tu Zoo Scot dan Jalil sampai dema kata Lan Eksiden, la ni ada kat Klinik Kroh. Ok la kalau macam tu. Lepas tu kami belek kereta dia. Kereta dia rosak kat bumbung, cermin depan pecah dan depan rosak sikit. Enjin aku rasa okey lagi kot sebab bonet dia okey je aku rasa. Lepas tu Zoo telefon Hendset lan tapi mak su dia angkat kata Lan satu jari hancur mungkin putus kot. Aku pun tak sempat lagi nak gi tengok dia sebab aku kena lapur diri kat tempat kerja baru. Aku telefon pejabat lan kata lan eksiden. Lebih kurang pukul 12 t/hari Zoo message kat aku kata Lan kena hantar ke Hospital Sungai Petani. Difahamkan member Lan dekat Pejabat Tanah Lenggong akan bergerak ke hospital sungai petani. Aku pun belum tahu lagi kat wad mana sebab tadi lan masih dalam Embolun tu..
Apa perkembangan lan nanti bila aku dapat maklumat aku cerita.

Ahad, 1 Mac 2009

Warta Dibatalkan Serta Merta

Sehari selepas kerajaan menarik balik kenaikan tol di lima lebuhraya, Kementerian Dalam Negeri pula membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian, berkuatkuasa serta merta.

Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Sambung kelik kat sini

cerita dari malaysiakini

Sabtu, 28 Februari 2009

Kenaikan Tol Ditangguhkan

Kenaikan harga tol telah ditangguhkan oleh kerajaan buat waktu ini. Diharapkan kerajaan tidak menaikkan harga tol ini selepas pilihanraya. Walaupun kerajaan telah memberi sebab ekonomi yang merudum pada waktu ini menyebabkan kenaikkan harga tol ditangguhkan tetapi rakyat masih tidak mempercayainya kerana telah banyak janji - janji yang ditabur sebelum ini tetapi kenaikan ini diumumkan juga pada hari khamis baru baru ni. Tetapi apa pun kami berterima kasih di atas penangguhan ini kerana kerajaan memahami situasi ekonomi rakyat buat masa ini. Diharap penangguhan ini dapat di kekalkan sehingga ekonomi rakyat betul betul stabil.
Seorang ketua Pemuda Umno bahagian mendakwa kekecohan di bangunan Parlimen berpunca daripada tindakan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerpa rombongan ketua-ketua Pemuda Umno ketika mereka sedang berbincang dengan pengerusi DAP Karpal Singh.

Lat Shahrizat Abdullah, yang turut berada di tempat kejadian mendakwa, dua ahli parlimen pembangkang tersebut telah menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan keadaan tegang.

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceKetua Pemuda Petaling Jaya Utara (PJU) mendakwa lagi, tindakan provokasi mereka itu, hampir mencetuskan kejadian tidak diingini.

Wakil-wakil rakyat yang dimaksudkan olehnya itu dipercayai N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Maha klik kat sini untu sambung baca

Artikel dari Malaysiakini

Kabinet Dan Mufti Diketepikan

Apa sudah jadi dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipimpin oleh Syed Hamid. Kenapa pandangan mufti dan kabinet diketepikan dalam membuat keputusan tentang penggunaan nama ALLAH dalam tabloid yang dikeluarkan oleh Mubaligh Kristian. Kenapa KDN meluluskan penggunaan dalam ALLAH dalam tabloid mereka itu. Adakah KDN tidak mengetahui perasaan orang - orang ISLAM khususnya di MALAYSIA yang tercinta ini. Apa sudah jadi dengan menterinya DSSHA kerana meluluskan perkara ini. Adakah DSSHA menyokong penghinaan kepada Agama ISLAM kita yang tercinta ini. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin yang beragama ISLAM DSSHA haruslah mempertahankan maruah Agama dan bertindak tegas keatas mereka - mereka yang cuma mempersendakan agama ISLAM. Sepatutnya KDN hendaklah mendapatkan pandangan semua MUFTI dan mendengar pandangan Menteri2 yang beragama islam sebelum membuat sesuatu keputusan yang melibatkan AGAMA ISLAM.
Bukankah sebelum ini mesyuarat kabinet telah menghalang dan melarang penggunaan nama ALLAH di dalam tabloid itu kenapa KDN telah meluluskannya. Dalam keadaan Demam Pilihanraya dua bukit dan satu batang ini adakah kerajaan ingin melihat wakilnya tumbang dengan mudah. Adakah keputusan yang dibuat oleh KDN ini, ingin melihat wakil rakyat bagi kerajaan tumbang dengan majoriti yang banyak. Udahlah sekarang ni kita di kejutkan dengan penghinaan kepada SULTAN - SULTAN MELAYU oleh orang gila yang merasa cemuh di PARLIMEN. Disebabkan lama berada di PARLIMEN sampai tumbuh akar tetapi satu pun tiada pandangan bernas diberikan kepada kerajaan untuk membangunkan negara kecuali mengajar ahli parlimen yang muda supaya pandai memaki hamun dalam parlimen.
Maha baca kat sini tengok kurang ajar dema kat kita KLIK
Nanti aku sambung bab ni ada hal sikit.

Jumaat, 27 Februari 2009

Terlalu Taksub Dengan Parti : Mufti Dihina

Terbaru, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjadi mangsa kejian, cacian, makian pembangkang mengenai isu perubahan kerajaan negeri di Perak khususnya mengenai keengganan beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Disebabkan keengganan beliau yang tidak mahu mencampuri urusan politik, menurutnya banyak laman web dan blog penyokong pembangkang melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam iaitu caci mencaci dan memaki hamun.

Kelik kat sini untuk Sambung baca lagi

Kenaikan Kadar Tol 1 Mac 2009

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.

Satu Permulaan Untuk Kebiadaban Karpal

Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

karpal singh live 9mm bullets warning letter on sultan and malay rights 200209 06Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar


Sila Kelik untuk cerita Lanjut Disini

** Cerita dari MalaysiaKini

Bahasa Melayu oh Bahasa Melayu

Sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wujud atau mati, orang awam di negara kita akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu.

Manusia di mana-mana pun dalam dunia ini perlu berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak mereka menjadi cara terbaik untuk berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka.

Jutaan tahun dahulu, bunyi-bunyi ini tunggang-langgang sifatnya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ia menjadi tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipanggil bahasa.

Semua ini berlaku tanpa dana daripada Kementerian Pelajaran atau DBP.

Sila kelik kat sini untuk sambungan cerita
Rencana ini dipetik dari Malaysiakini

Khamis, 26 Februari 2009

Kenapa Harus Jadi Begini


Azazil suatu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Bila menjelma malam terutama keseorangan minda kita selalu memikirkannya walaupun kita tidak sepatutnya memikirkannya kerana tidak ada apa yang patut kita fikirkannya. Tetapi itulah yang berlaku kita selalu memikirkan Azazil ini, makhluk ALLAH s.w.t yang pernah diberikan pangkat selama 80,000 tahun sebagai ketua, sebagai tenaga pengajar kepada makhluk ALLAH s.w.t yang tidak pernah melakukan kerja sia - sia iaitu malaikat. Pesuruh ALLAH s.w.t yang selalu memuji penciptanya pada setiap detik. Tetapi hanya satu dugaan ALLAH s.w.t telah turunkan kepadanya iaitu ADAM A.S. Azazil dan pesuruh ALLAH yang lain pada waktu itu diminta untuk sujud kepada Nabi ADAM A.S. Azazil dengan angkuhnya tidak mampu untuk melakukan perkara itu disebabkan kejadiannya dijadikan daripada api tetapi ADAM A.S daripada tanah. Dengan rasa tinggi diri dan angkuhnya disebabkan pangkat yang ada padanya pada waktu itu dia telah melawan dengan MAHA PENCIPTA. Baginya dialah makhluk yang terbaik tiada selainnya kecuali ALLAH s.w.t. Baginya hanya ALLAH s.w.t sahaja tidak kepada ADAM A.S tetapi dia lupa ALLAH s.w.t yang menyuruhnya sujud kepada ADAM A.S. Dia ingkar kepada perintah ALLAH s.w.t disebabkan kemulia yang pernah diberikan kepadanya. Dia ingkar kepada perintah ALLAH s.w.t disebabkan sifat ujud yang ada padanya. Maka dia telah dilaknat oleh ALLAH s.w.t disebabkan perkara itu. Dia telah dijadikan AHLI NERAKA yang kekal abadi. Bermula satu dendam yang dipohon kepada ALLAH s.w.t untuk mencari sahabat - sahabatnya untuk ditemankan di dalam API NERAKA. Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG berdoalah kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang dipinta oleh azazil.

Rabu, 25 Februari 2009

Mandi Wajib

Assalamualaikum Kepada sesapa yang belum mandi wajib lagi tu silakanlah mandi kerana nnt ibadah anda banyak yang tidak dapat dikira. hehehe... mandi jangan x mandi

Program ke Lata Sedim Batal

Program ke lata Sedim terpaksa dibatalkan disebabkan masalah kewangan yang ada agak kritikal. Difahamkan perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan Lata Sedim mengenakan bayaran sebanyak RM 100.00 untuk satu kepala untuk setiap perkhemahan. aku pun x tahu tapi boleh la baca dalam web mereka di : http://sungaisedim.blogspot.com/ . Kira okey la tu kan.. hehehe. InsyaALLAH kita akan cuba buat program lain untuk bebudak kampung. Untuk makluman semua kita sudah siapkan kalender untuk program belia bagi tahun ni, cuma x dapat diumumkan lagi oleh barisan exco pemuda kita. Difahamkan pengumuman akan dibuat mengikut kesesusaian. tapi aku akan cuba dapatkan makluman itu untuk maha semua. insayALLAH.

Tok Wan Pak Da Operation Belakang

Semalam aku dapat maklumat Tok Wan PaK Da kena operation kat bahagian belakang, tak tahu kat mana minta maaf. Difahamkan Tok Wan dok kat hospital streng Sungai Petani. Semoga Tok Wan sihat selepas ni kerana dia la yang banyak membantu orang kampung kita terutama dia dipertanggungjawabkan untuk rumah SPKR bahagian Pengkalan Hulu. Bagi yang belum memohon rumah SPKR boleh la membawa geran anda yang tiada masalah berjumpa dengan Tok Wan di pejabat UMNO kat pekan kroh. InsyaALLAH kalau tiada aral melintang Tok Wan Pak Da cuba tolong sebaik yang mungkin. Tetapi bagi geran yang bermasalah mungkin susah untuk Tok Wan tolong. Sejarah Tok Wan aku pun x berapa thu gak. Tapi sejarah masa kecik dia ada la geng geng lenggong di cerita kan aku. rupanya macam cucu cucu dia gak . hehehe . selalu kena hambat dengan tok wan besar keliling kampung. tp dia hero ramai orang kat sini suka kat dia. Dema kata dia baik hati selalu jaga anak anak buah dia time budak2 dulu. Terutama time2 baik lastik2 dengan buah terung kecik tu. Sekarang ni aku x thu tok wan dah keluar ke masih di hospital lagi sebab aku belum telefon kampung lagi nk tanya perkembangan tapi kalau ada sapa thu cita la kat aku.

Berita Sukan

Tahniah diucapkan kepada budak - budak sekolah rendah Kebangsaan Kuak Luar kerana mereka telah berjaya melangkah ke perlawanan AKHIR bola sepak bawah 12 tahun peringkat Pengkalan Hulu dengan mengalahkan SK Kroh pada perlawanan separuh akhir semalam ( minta maaf pemberita tidak mahir kerana tidak mendapatkan maklumat keputusan perlawanan kerana terlalu teruja dengan kemenangan itu). Petang ini pada jam 5.00 petang mereka akan mengibarkan bendera kampung kita untuk perlawanan akhir bertemu dengan SK Air Panas. Semoga mereka dinobatkan sebagai juara pada tahun ini, insyaALLAH sama - samalah kita berdoa untuk mereka.

Penukaran Budak Kuak Luar

Assalamualaikum.. semua sahabat kampung ..
Alhamdulillah bersyukur kita kepada ALLAH s.w.t kerana telah dilimpahkan rezeki kepada kita semua. Semoga rezeki yang diterima diberkati oleh ALLAH s.w.t. Kepada geng2 perantau semoga berada di dalam sihat sejahtera dan selalu gumbira juga kepada geng2 yang berada di kampung. Disini aku nak cerita sikit la. Member kita Box ( ZAMANI MOKHTAR ) telah dinaikkan pangkat kepada TA JKR dan akan bertugas di ALOQ STAQ kedah tp aku lupa la nak tanya dia mula tugas bila. Dan member kita sorang lagi yang kerja kat lenggong tu la kena tukar ke GRIK pada minggu depan 3/3/2009. Semoga tempat baru memberi seribu rahmat dan kegembiraan kepada mereka berdua. Semoga tempat baru menambahkan lagi kematangan dan ilmu pengetahuan kepada mereka supaya dapat meningkatkan lagi keindahan kampung kita. setakat ni la untuk cerita ni kalau ada apa2 aku citer lain. jangan marah.

Khamis, 19 Februari 2009

Program Ke Lata Sedim

Assalamualaikum..
Belia Kuak Luar akan mengadakan perkhemahan ke Lata Sedim , Kulim , Kedah pada 27/02/2009 jika tiada apa - apa halangan , InsyaALLAH. Mereka akan bertolak selepas jumaat lebih kurang jam 2.30 petang dan berkumpul di perkarangan Masjid Jamek. Jika sesiapa ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan untuk perkhemahan ini amatlah dialu - alukan. Sumbangan tidak tertumpu kepada kewangan sahaja tetapi apa jua yang difikir perlu untuk perkhemahan itu. Sumbangan anda amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga perkhemahan ini diberkati oleh ALLAH S.w.t. AMIN

Rabu, 18 Februari 2009

Orang Baru

Hari ni aku dapat sms lebih kurang pukul 10.30 pg tapi pukul 1.30 t/h baru sedar. Tahniah diucapkan kepada Mahyuddin Hashim ( Maden ) kerana telah menjadi seorang ayah. Dia dapat anak lelaki. Tak tahu la nanti nak jadi warga Kuak Luar atau Air Panas. Tanggungjawab dia pun udah bertambah selain bertambah rezeki insyaALLAH. Orang kata kalau tambah anak maka bertambahlah rezeki bertambah lah tanggungjawab. Tetapi bila dapat lelaki ni lambat sikit la nak dapat cucu ( hehehe ). Macam mana la rupa anak dia, hensem macam dia juga ke??? . Mungkin kot sebab anak ayah katakan.Adakah anak dia minat main bola macam dia ?? atau akan jadi ustaz macam tok wan dia ustaz hashim.. sama - sama lah kita berdoa untuk kebaikan semua. Semoga kehadiran orang baru dapat memeriahkan lagi kampung kita.

Jemputan Mesyuarat

Assalamualaikum...

Semoga semua yang terlibat dengan program ke LATA SEDIM datang ke mesyuarat pada tarikh 19/02/2009 jam 9.00 selepas sembahyang isyak bertempat di DEWAN ORANG RAMAI. Diharap semua AJK belia berada dalam keadaan sihat supaya dapat untuk menghadiri mesyuarat ini. Semoga semua dapat membuat keputusan yang terbaik di dalam mesyuarat nanti untuk kebaikan bersama.

Pengumuman

1. Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 akan diadakan pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009.

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang).











Prompt: Kalau maha nak tengok sidang parlimen kena buka ikut Internet Explorer tapi kalau maha tak nampak jugak maha download pemain enjin Internet Explorer ni :
Download Now


Siaran langsung juga boleh diikuti melalui website berikut :

1. Tv Pas.com
2. WebTv Pas
3. Parliement News

Pilih la maha minat tengok yang mana satu kat bawah ni. Kalau maha minat dengar radio lagi bagus kalau maha download Winamp Download sini