Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Semoga Seluruh penduduk Kampung Kuak Luar selalu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Segala yang tersilap harap dimaafkan. Apa - apa yang tersurat di dalam blog ini, tiada niat untuk menyakiti sesiapa. Hanya untuk renungan bersama.

Bacaan Al Quran

Selasa, 26 Mei 2009

Adu Domba - Kenapa jadi begini ( kisah pertama )

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad S.A.W , Ahli keluarga baginda dan juga sahabat baginda sekalian.

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon yang menyuruh aku membaca surat khabar harakah. Tetapi disebabkan sudah tiada lagi surat khabar harakah maka aku meminta kepada penelefon tadi untuk menerangkan apakah sebabnya beliau ingin sangat aku membaca Harakah iaitu surat khabar rasmi bagi satu parti politik yang aku hormati. Walaupun aku tidak menjadi salah seorang ahlinya kerana aku adalah ahli kepada satu lagi Parti Melayu. Tetapi aku amat menghormati kepada Parti ini kerana Ahli - ahlinya terdiri daripada Ulama' - Ulama' melayu masakini. Dan disebabkan itu aku tidak berani untuk memperkatakan sesuatu yang buruk kepada Parti ini. Ulama' adalah pewaris nabi, maka menghina ulama seperti menghina nabi. Aku tidak mahu tergolong di dalam golongan orang - orang yang menghina nabi. Bahawasanya Nabi terutama Nabi Muhammad S.A.W adalah makhluk ALLAH yang paling mulia, makhluk yang diciptakan ALLAH paling Cantik, Indah dan sempurna. Tidak ada lagi nabi selepas nabi Muhammad S.A.W dan pewarisnya adalah para ulama'.

Jadi bagaimana aku ingin menghina mereka yang aku anggap ulama ini. Sesungguhnya ilmu mereka di dalam bidang Agama amatlah tinggi. Apalah ada pada diriku yang selalu lari apabila azan berkumandang keudara. apalah yang ada padaku yang selalu mengejar kemenangan dunia. Waktu sekolah aku selalu ponteng. Pintu pagar belakang menjadi temanku diwaktu rehat. sedangkan temanku yang lain menjadikan waktu belia mereka dengan mencari ilmu tetapi aku mencari keseronokan yang tiada bayang. Hanya angan - angan dan impian kosong yang ku kejar.

Maka sekarang aku bangun untuk mencari cahaya. Aku mencari apa yang telah aku janjikan pada yang maha pencipta. Aku mencari janji - janji maha pencipta kepada hamba - hambanya. Siapa lagi yang akan menepati janji jika bukan Maha Penepati Janji. Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah yang bersifat dengan kebenaran. Tidak ada satu Kalam yang diucapkannya adalah bohong. Kesemuanya menunjukkan kebenaran. Kebenaran yang dijanjikannya kepada hamba - hambanya. Sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.

Setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang dan setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang. Itu janji ALLAH s.w.t kepada semua hambanya. Kerana Al - quran itu diturunkan semua manusia, Tidak kira bangsa, keturunan inikan pula parti politik. Tidak kira kulit kita apa warnanya kuning, putih, hitam dan sebagainya. Al - quran menjadi pedoman dan panduan kepada kita semua. Sesungguhnya jalan yang benar adalah bagi yang mengikuti al - quran dan sunah nabi s.a.w.

Hati al - quran berbunyi " Katakanlah ( wahai muhammad ) sesungguhnya Allah itu esa , ALLAH tempat kita memohon pertolongan, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada satupun yang menyerupainya atau sekufu dengannya dan ALLAH itu Esa."

Didalam kitab hidayatul Salikin ada menyebut sabda nabi " Sesungguhnya aku lebih takut kepada ulama' suk ( jahat ) daripada dajal yakni ulama yang mementingkan dunia ". Maka hari ni ramailah mengangkat diri mereka sebagai yang baik, pembela agama, penegak kepada kebenaran. Sehinggakan diri mereka direndahkan mereka sendiri. Merekalah yang membawa kebaikan kepada semua ummat melayu dengan memberi janji - janji manis syurga ALLAH. Sehinggakan yang diangkat kepada pembela agama di negeri ini dihina, dicaci, dimaki dan digelarkan dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan. Mungkin apalah yang ada dengan gelaran MUFTI itu. Seorang yang diangkat semasa pemerintahan Khalifah yang lain. Tidak semasa Khalifah daripada golongan mereka. Mufti telah dikaitkan dengan sabda NABI s.a.w seperti di atas kerana tidak berpihak kepada golongan mereka. Andai kata ucapan Mufti memihak kepada mereka pasti dia dijulang, disanjung dan diangkat pada satu tempat yang tinggi.

Setiap kesilapan pasti akan dihukum, tiada kemaafan kepada golongan yang membuat silap. Walaupun kesilapan itu hanya dari pandangan mata golongan mereka. Semua dihukum sehingga di doakan supaya mendapat laknat dari ALLAH s.w.t . Sungguh tinggi ilmu mereka sehinggakan setiap lubang kesilapan walaupun sebesar lubang jarum pasti akan dicari. pasti akan direka supaya tiada titik untuk disambung, tiada jalan untuk menuju kepada perpaduan. Perpaduan bagi mereka satu mala petaka kerana binasalah golongan mereka. Perpaduan akan mematikan langkah mereka. Mereka lupa seketika " DAN berpegang teguhlah kamu dengan Tali ALLAH dan jangan kamu berpecah belah".

Setiap langkah mereka juga telah diperhatikan, akan diperhatikan tetapi setiap langkah itu pasti akan tercatat pada bukunya. Sesungguhnya Rakib dan Atib tidak akan lupa janji mereka kepada yang Esa. Kebenaran tiada putus bagi mereka. Kebenaran menjadi pena mereka. Walaupun yang tersirat inikan pula yang tersurat pasti kebenaran itu datang bagi hambanya yang memohon berada di pihak benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman

1. Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 akan diadakan pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009.

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang).











Prompt: Kalau maha nak tengok sidang parlimen kena buka ikut Internet Explorer tapi kalau maha tak nampak jugak maha download pemain enjin Internet Explorer ni :
Download Now


Siaran langsung juga boleh diikuti melalui website berikut :

1. Tv Pas.com
2. WebTv Pas
3. Parliement News

Pilih la maha minat tengok yang mana satu kat bawah ni. Kalau maha minat dengar radio lagi bagus kalau maha download Winamp Download sini