Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Semoga Seluruh penduduk Kampung Kuak Luar selalu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Segala yang tersilap harap dimaafkan. Apa - apa yang tersurat di dalam blog ini, tiada niat untuk menyakiti sesiapa. Hanya untuk renungan bersama.

Bacaan Al Quran

Isnin, 17 Januari 2011

DAPATKAN KITAB TERJEMAHAN KELASIK MODEN

Dapatkan teks terjemahan kelasik moden dari Azman MD. Sebahagian besar daripada terjemahan-terjemahan dibawah program ini telah dicetak secara kecil-kecilan oleh Darul Bushro, termasuk terjemahan al Iqna’. Sila lihat artikel terjemahan kelasik moden untuk tajuk-tajuk terjemahan.

Pihak Azman MD juga mengalu-alukan sumbangan kewangan dari tuan untuk meneruskan usaha ini, seperti peralatan multimedia sagu hati untuk kerja menterjemah, menyemak teks yang siap diterjemahkan dan mengumpulkan bahan seperti teks yang telah didhobit.

Untuk pesanan kitab dan maklumat lanjut sila hubungi saya Azman M.D
010 5445510.

Dapatkan Segera di Homepage AZMAN MD - TEKAN DI SINI

Khamis, 6 Januari 2011

Perkahwinan dan Perceraian

Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia
Salam Palestin
Salam Kuak Luar
Salam Patani

Seharian hujan turun pada hari ini. Bagi yang baru mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah baru baru ini , inilah satu rahmat yang dianugerahkan kepada mereka untuk mempercepatkan langkah langkah untuk menambahkan zuriat. Pada yang lama mendirikan rumah tangga adalah satu nikmat kepada mereka apabila anak anak sudah melangkah ke alam sekolah. Selamat Pengantin baru kepada semua pengantin pengantin yang baru mendirikan rumah tangga. Selamat berbulan madu bagi semua pengantin pengantin baru dan lama. Sebenarnya dalam melayari alam maya petang ini aku tertarik dengan artikel yang diulas oleh NIK ABDUH dalam blog nya. Aku ingin berkongsi pendapatnya dengan sesiapa yang melayari blog ini. Fikirkanlah apa yang diulasnya semoga ia menjadi pedoman kepada kita melayari alam rumah tangga.

NIK ABDUH : KES PERCERAIAN MENGENAL KESILAPAN

Cabaran Ulama Masa Kini - Tan Sri Harussani MUFTI PERAK

Suatu lagi sejarah tercatat pada tanggal 21 syawal 1431Hijriah bersamaan 30 september 2010 masihi ketika umat Islam di seluruh Negara malah dunia masih rancak menyambut sambutan hari raya.
Saya menerima berita kematian seorang ulama tersohor di negeri Perak yang juga merupakan sahabat karib saya iaitu TUAN GURU DATO' HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN. Beliau juga lebih dikenali sebagai PAK TEH. Sambung Klik Disini

Rabu, 5 Januari 2011

Takziah kepada keluarga arwah Pak Bir N Kak Ton

Assalamualaikum....
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak membuka bicara di laman ini.
Untuk maklumat semua pada hari ahad 2/1/2011 dalam menyambut kemeriahan tahun baru kampung kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian Pak Bir ( ELIAS BIN ZUKIFLI ) dan pada keesokan harinya pula kita dikejutkan dengan kematian Kak Ton anak Tok Johor. Diucapkan takziah kepada keluarga mereka. AL-FATIHAH.

Jumaat, 11 September 2009

Rebutlah Diskaun Yang Ada

Assalamualaikum...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kumulai bicara pada pagi ini dengan memuji segala kebesaran bagi ALLAH tuhan semesta alam. Selawat dan Salam kepada junjungan kita nabi muhammad s.a.w, para - para nabi , kepada ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para syuhada, para ulama' dan guru - guru.

Bermulalah fasa yang terakhir di bulan ramadhan. Fasa ini terlalu banyak diskaun yang diberikan. Rebutlah, rebutlah, rebutlah jangan dibiarkan ia berlalu pergi. Fasa yang terakhir ini juga terdapat satu malam yang dinantikan oleh umat islam iaitu malam lailatul qadar ( malam yang lebih baik dari seribu bulan ). Fasa yang ketiga ini ALLAH menutup pintu Nereka kepada hamba - hamba yang memohon kepadanya. Hiasilah malam - malam terakhir ramadhan ini dengan beribadat kepada ALLAH s.w.t. Bertahajjud la kita di malam - malam terakhir ini. Lupakan seketika kepada pelukan isteri kerana selepas ini peluklah sepuas - puasnya bagi yang sudah berumahtangga.

Marilah kita bersama - sama berkiamulai di masjid atau dirumah bersama keluarga. Supaya kita ditemukan oleh ALLAH s.w.t dengan malam lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh ALLAH s.w.t. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar maka rugilah bagi orang yang tidak merebutnya.

MB Turun ke Pengkalan Hulu

Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Ku mulai coretan pada hari ini dengan memuji tuhan sekalian ALLAH yakni ALLAH s.w.t. Kerana dengan kasih sayangNYA kita masih menghirup udara yang segar di bulan Ramadhan ini. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w , ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para anbia' , para panglima perang yang syahid di jalan ALLAH terutama yang bersama dengan baginda menegakkan Agama Islam yakni agama yang di redhoi disisi ALLAH s.w.t.

Pada 8.9.2009 MB kita Dato' Sri Zambri Abdul Kadir telah melawat ke Pengkalan Hulu untuk menyerahkan sebahagian geran tanah kepada penduduk Pengkalan Hulu. Dalam sesi lawatannya ke Pengkalan Hulu bersama beberapa para exconya, MB telah memilih untuk bersama - sama dengan Penduduk kampung kita ( kampung Kuak Luar ) untuk berjemaah menunaikan solat Asar selain beramah mesra dengan penduduk kampung.

Dato' Zamri telah menunaikan sembahyang Asar bersama - sama penduduk di Pondok Pak Teh. Selepas menyampaikan beberapa amanat MB terpaksa bergegas ke Gerik kerana akan menyambut Tuanku Raja Muda yang dijangka tiba lebih awal di Gerik. Tuanku Raja Muda telah mencemar duli dengan mengadakan Jamuan berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Bandariang.

Ribuan terima kasih kepada Dato' Sri Zambri kerana sudi untuk melihat walaupun hanya di dalam kereta pemandangan di kampung kuak luar. Diharap ini bukanlah yang terakhir Dato' Sri melangkahkan kaki ke Kampung kuak luar tetapi biarlah menjadi permulaan yang indah untuk Dato' Sri melangkah kembali ke sini. Sesungguhnya kecil tapak tangan, stadium lombong kami tadahkan untuk menyambut kedatangan Dato' Sri. Terima kasih juga kami ucapkan kerana Dato' Sri sudi untuk melihat sekolah Pondok dan membantu untuk mempertahankan sistem pondok ini.

Kami akan bersama - sama dengan Dato' Sri untuk mempertahankan keharmonian negeri Perak daripada anasir anasir jahat yang cuba untuk menjadikan negeri Perak ini huru - hara , InsyaALLAH. Sesungguhnya, harapan kami supaya DS dapat mengekalkan Agama kita yakni agama islam sebagai asas pegangan di dalam pentadbiran DS.

Selasa, 1 September 2009

Salam Merdeka

Assalamualaikum...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kumulai bicara pada pagi ini dengan memuji segala kebesaran bagi ALLAH tuhan semesta alam. Selawat dan Salam kepada junjungan kita nabi muhammad s.a.w, para - para nabi , kepada ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para syuhada, para ulama' dan guru - guru.

Semalam genaplah 52 tahun kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini MALAYSIA. Ulang tahun kemerdekaan tahun ini disambut pada bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan ramadhan. Bulan yang dituntut kepada kita untuk memperbanyakkan ibadat dan bermuhasabahkan diri kita.

Marilah kita beriktikaf di dalam masjid pada bulan ini selama mana yang kita mampu walaupun hanya 5 minit. Bermuhasabahlah diri kita apakah yang telah kita lakukan kepada Negara , Agama dan bangsa kita. Apakah yang telah kita persiapkan tentang diri kita untuk bertemu yang maha kuasa. Sedangkan kita akan memperkemaskan diri untuk bertemu kekasih hati.

Fasa pertama ( fasa rahmat ) bulan ramadhan telah ditutup semalam dan kini kita telah memasuki fasa kedua ( Fasa Keampunan ) bulan ramadhan. Marilah kita sama - sama memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t untuk diri kita, kedua ibu bapa, anak - anak, isteri - isteri , adik adik, abang abang , kakak kakak , saudara mara dan semua muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun telah meninggalkan kita. Sesungguhnya ALLAH akan mengampuni dosa - dosa orang yang memohon di fasa kedua ini. Ambillah dan kejarlah diskaun yang ALLAH berikan ini dan janganlah kita mengejar diskaun yang dikeluarkan Pasaraya - pasaraya di bulan ini.

Pengumuman

1. Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 akan diadakan pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009.

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang).











Prompt: Kalau maha nak tengok sidang parlimen kena buka ikut Internet Explorer tapi kalau maha tak nampak jugak maha download pemain enjin Internet Explorer ni :
Download Now


Siaran langsung juga boleh diikuti melalui website berikut :

1. Tv Pas.com
2. WebTv Pas
3. Parliement News

Pilih la maha minat tengok yang mana satu kat bawah ni. Kalau maha minat dengar radio lagi bagus kalau maha download Winamp Download sini