Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Semoga Seluruh penduduk Kampung Kuak Luar selalu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Segala yang tersilap harap dimaafkan. Apa - apa yang tersurat di dalam blog ini, tiada niat untuk menyakiti sesiapa. Hanya untuk renungan bersama.

Bacaan Al Quran

Rabu, 27 Mei 2009

Adu Domba - Kisah Kedua

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.” (Muslim)

Sesungguhnya janji ALLAH s.w.t adalah benar dan pasti akan berlaku. Apabila tiba waktunya maka terjadi ia. Kalam ALLAH " JADILAH " maka " JADILAH IA". Maka telah tertulis dalam suratan ILAHI sesungguhnya Dato' Dr Zamri telah menggantikan Dato' Sri Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Kenapa sesetengah golongan tidak dapat menerima ketentuan ini. Adakah mereka lebih mengetahui sesuatu kebaikan atau keburukan itu dari YANG MAHA MENGETAHUI. Andainya begitu mengapa perlu mereka melakukan pelbagai perkara sedangkan mereka telah tahu apa yang akan dan sedang terjadi.

PAK TEH telah menerima dengan hati yang terbuka tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya seluas 45 Ekar. Bersyukur kepada ALLAH s.w.t dengan anugerah itu. Anugerah yang dikatakan telah dikurniakan oleh PAKATAN RAKYAT sedikit sebanyak dapat menceriakan hari - harinya yang mendatang. Tanah yang dicadangkannya untuk meningkatkan lagi jalan dan cara untuk menyampaikan JANJI ALLAH kepada hamba - hambanya. Dengan nada yang lantang PAKATAN RAKYAT telah memaklumkan kepada semua rakyat PERAK bahawa anugerah itu telah disempurnakan hanya sanya memakan masa hanya 5 minit. Dan tanah itu telah diluluskan oleh Ust baru iaitu Ust Nga. Maka dengan rasa bangganya mereka mengumumkan kepada RAKYAT PERAK itulah cara untuk menolong golongan yang menyampaikan risalah ALLAH. Dan dikatakan kepada RAKYAT PERAK bahawa tanah itu telah dikurniakan kepada PAK TEH atas nama PAK TEH di dalam hakmiliknya. Tetapi dengan rasa rendah diri PAK TEH dan mengetahuinya itulah ketentuan ILAHI yang sudah tersirat POLITIK adalah POLITIK. Walau siapapun mereka penipuan akan berlaku di dalam politik.

Tanah yang dicanang kepada RAKYAT PERAK bahawa itulah tanah PAK TEH untuk mengembangkan ilmu agama hanyalah mimpi di siang hari. Pada suatu hari dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT, PAK TEH telah dipanggil untuk bermesyuarat tentang pembangunan tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya. PAK TEH telah dimaklumkan bahawa tanah itu telah digazetkan untuk MAJLIS AGAMA ISLAM. Setiap pembangunan ke atas tanah itu tidaklah mempunyai hak PAK TEH ke atasnya kecuali MAJLIS AGAMA. PAK TEH telah di nasihatkan kepadanya bahawa sanya tidak dibenarkan untuk membangunkan tanah itu walaupun dengan sebuah pondok. Dan di atas tanah itu MAJLIS AGAMA sahaja yang berhak keatasnya. PAK TEH dikehendaki untuk membuat segala perincian keatas tanah itu jika ingin membangunkannya. Dan jika perincian itu diluluskan oleh mereka yang diangkat menjadi AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH maka barulah PAK TEH dibenarkan membangunkannya. Dan PAK TEH juga dinasihatkan supaya tanah itu hanya boleh dibangunkan dengan tanaman KOMESIAL seperti GETAH atau KELAPA SAWIT. Dan setiap keuntungan ke atasnya haruslah dibahagi empat. Pertama kepada MAJLIS AGAMA, Kedua Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ) yang ada disitu, Ketiga Sekolah Menengah AL- Moktariah ( juga ada di atas tanah itu ) dan keempat Pondok PAK TEH.


Sejarah tanah bermula 10 tahun dulu. Sebenarnya tanah ini asalnya bagan ragut Kg. Kuak Luar. Semasa pemerintahan Dato' Sri Diraja Tajol Rosli, beliau telah membatalkan gazet bagan ragut ini dan diluluskan untuk dibangunkan dengan Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ), Tapak Rumah Guru - guru KAFA dan Sekolah Menengah Agama al-mokhtariah yang muridnya terdiri daripada pelajar - pelajar Pondok PAK TEH seluas 20 ekar dan diluluskan atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK. Disebabkan itu tanah tersebut mempunyai baki seluas 25 ekar dan terlibat dengan Talian TNB lebih kurang 5 ekar. Melihat keadaan ini Pak Teh cuba untuk mendapatkan 20 ekar bakinya untuk dibangunkan dengan pusat pengajiannya disebabkan kawasan pengajian sedia ada hampir dipenuhi dengan pondok - pondok pelajar. Maka sebagai mudir pusat pengajiannya PAK TEH telah memohon baki tanah diatas namanya setelah berbincang dengan pelbagai pihak supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Difahamkan disebabkan beberapa masalah Dato' Sri Tajul Rosli telah menolak permohonan di atas nama PAK TEH dan meminta supaya permohonan itu ditukarkan kepada Majlis Agama untuk PONDOK PAK TEH. Satu ketentuan ILAHI telah berlaku sebelum Majlis Agama membuat permohonan ke atas tanah itu, BARISAN NASIONAL telah kalah di dalam pilihanraya ke 12 pada 8 MAC 2008.

Maka bermulalah satu era politik yang baru tanpa kajian yang teliti, tanpa rasa rendah diri dan dengan rasa bangga diri, PAKATAN RAKYAT telah meluluskan perkara ini sebelum membuat segala perincian. Dengan rasa bangga diri PAKATAN RAKYAT telah menipu semua rakyat perak. Dengan membawa perkara ini sebagai kelemahan pemerintahan yang lalu. Tetapi mereka lupa tentang kegelojohan mereka ini telah memakan diri. Maka ditakdirkan ILAHI hanya 11 bulan pemerintahan diberi disebabkan gabungan yang tidak diredhoi.

Mungkin perkara ini DS Nizar pun tidak tahu dan tidak pernah untuk rasa ambil tahu sebelum ini. Mungkin perkara ini dipermainkan oleh ahli jawatan PAS KAWASAN. DS Nizar jangan mudah ditipu oleh PAS KAWASAN.

Selasa, 26 Mei 2009

Adu Domba - Kenapa jadi begini ( kisah pertama )

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad S.A.W , Ahli keluarga baginda dan juga sahabat baginda sekalian.

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon yang menyuruh aku membaca surat khabar harakah. Tetapi disebabkan sudah tiada lagi surat khabar harakah maka aku meminta kepada penelefon tadi untuk menerangkan apakah sebabnya beliau ingin sangat aku membaca Harakah iaitu surat khabar rasmi bagi satu parti politik yang aku hormati. Walaupun aku tidak menjadi salah seorang ahlinya kerana aku adalah ahli kepada satu lagi Parti Melayu. Tetapi aku amat menghormati kepada Parti ini kerana Ahli - ahlinya terdiri daripada Ulama' - Ulama' melayu masakini. Dan disebabkan itu aku tidak berani untuk memperkatakan sesuatu yang buruk kepada Parti ini. Ulama' adalah pewaris nabi, maka menghina ulama seperti menghina nabi. Aku tidak mahu tergolong di dalam golongan orang - orang yang menghina nabi. Bahawasanya Nabi terutama Nabi Muhammad S.A.W adalah makhluk ALLAH yang paling mulia, makhluk yang diciptakan ALLAH paling Cantik, Indah dan sempurna. Tidak ada lagi nabi selepas nabi Muhammad S.A.W dan pewarisnya adalah para ulama'.

Jadi bagaimana aku ingin menghina mereka yang aku anggap ulama ini. Sesungguhnya ilmu mereka di dalam bidang Agama amatlah tinggi. Apalah ada pada diriku yang selalu lari apabila azan berkumandang keudara. apalah yang ada padaku yang selalu mengejar kemenangan dunia. Waktu sekolah aku selalu ponteng. Pintu pagar belakang menjadi temanku diwaktu rehat. sedangkan temanku yang lain menjadikan waktu belia mereka dengan mencari ilmu tetapi aku mencari keseronokan yang tiada bayang. Hanya angan - angan dan impian kosong yang ku kejar.

Maka sekarang aku bangun untuk mencari cahaya. Aku mencari apa yang telah aku janjikan pada yang maha pencipta. Aku mencari janji - janji maha pencipta kepada hamba - hambanya. Siapa lagi yang akan menepati janji jika bukan Maha Penepati Janji. Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah yang bersifat dengan kebenaran. Tidak ada satu Kalam yang diucapkannya adalah bohong. Kesemuanya menunjukkan kebenaran. Kebenaran yang dijanjikannya kepada hamba - hambanya. Sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.

Setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang dan setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang. Itu janji ALLAH s.w.t kepada semua hambanya. Kerana Al - quran itu diturunkan semua manusia, Tidak kira bangsa, keturunan inikan pula parti politik. Tidak kira kulit kita apa warnanya kuning, putih, hitam dan sebagainya. Al - quran menjadi pedoman dan panduan kepada kita semua. Sesungguhnya jalan yang benar adalah bagi yang mengikuti al - quran dan sunah nabi s.a.w.

Hati al - quran berbunyi " Katakanlah ( wahai muhammad ) sesungguhnya Allah itu esa , ALLAH tempat kita memohon pertolongan, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada satupun yang menyerupainya atau sekufu dengannya dan ALLAH itu Esa."

Didalam kitab hidayatul Salikin ada menyebut sabda nabi " Sesungguhnya aku lebih takut kepada ulama' suk ( jahat ) daripada dajal yakni ulama yang mementingkan dunia ". Maka hari ni ramailah mengangkat diri mereka sebagai yang baik, pembela agama, penegak kepada kebenaran. Sehinggakan diri mereka direndahkan mereka sendiri. Merekalah yang membawa kebaikan kepada semua ummat melayu dengan memberi janji - janji manis syurga ALLAH. Sehinggakan yang diangkat kepada pembela agama di negeri ini dihina, dicaci, dimaki dan digelarkan dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan. Mungkin apalah yang ada dengan gelaran MUFTI itu. Seorang yang diangkat semasa pemerintahan Khalifah yang lain. Tidak semasa Khalifah daripada golongan mereka. Mufti telah dikaitkan dengan sabda NABI s.a.w seperti di atas kerana tidak berpihak kepada golongan mereka. Andai kata ucapan Mufti memihak kepada mereka pasti dia dijulang, disanjung dan diangkat pada satu tempat yang tinggi.

Setiap kesilapan pasti akan dihukum, tiada kemaafan kepada golongan yang membuat silap. Walaupun kesilapan itu hanya dari pandangan mata golongan mereka. Semua dihukum sehingga di doakan supaya mendapat laknat dari ALLAH s.w.t . Sungguh tinggi ilmu mereka sehinggakan setiap lubang kesilapan walaupun sebesar lubang jarum pasti akan dicari. pasti akan direka supaya tiada titik untuk disambung, tiada jalan untuk menuju kepada perpaduan. Perpaduan bagi mereka satu mala petaka kerana binasalah golongan mereka. Perpaduan akan mematikan langkah mereka. Mereka lupa seketika " DAN berpegang teguhlah kamu dengan Tali ALLAH dan jangan kamu berpecah belah".

Setiap langkah mereka juga telah diperhatikan, akan diperhatikan tetapi setiap langkah itu pasti akan tercatat pada bukunya. Sesungguhnya Rakib dan Atib tidak akan lupa janji mereka kepada yang Esa. Kebenaran tiada putus bagi mereka. Kebenaran menjadi pena mereka. Walaupun yang tersirat inikan pula yang tersurat pasti kebenaran itu datang bagi hambanya yang memohon berada di pihak benar.

Selasa, 12 Mei 2009

SIFAT BENAR - NIK ABDOH

Benar adalah sifat yang mulia. Lawannya, bohong adalah sifat yang keji. Membezakan benar daripada bohong adalah sebahagian matlamat Allah ke atas kehidupan manusia di dunia ini. Allah benar – benar mahu menyaksikan golongan yang benar terpisah daripada golongan yang bohong. Satu di syurga dan satu lagi di neraka. Lihat al Ankabut:3.

Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.


Klik Pada Tajuk

Kerja - Kerja Bodoh Dalam PAS - Keluhan NIK ABDOH NIK AZIZ

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar – benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

MENANG BERSORAK KALAH MEMBERONTAK

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Keputusan mahkamah berkaitan dengan pelantikan siapa Menteri Besar Perak yang sah telahpun diketahui semalam dan hakikat tersebut diterima dengan tenang oleh Datuk Dr. Zambry dan juga Perdana Menteri yang meminta rakyat khususnya ahli-ahli UMNO/BN bersabar serta tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

untuk maklumat lanjut klik pada tajuk :

Isnin, 11 Mei 2009

Kuasa Yang Tiada Kuasa

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sejak keluar keputusan mahkamah tadi kepala aku terus pening, macam mana ada kuasa tapi tiada kuasa. Itu yang akan terjadi kepada DS Nizar. Adakah DS Nizar akan berani untuk menghadiri sidang DUN dengan AMAN tanpa Hasad Dendam seperti 7/5/2009. Macam mana seorang MB akan mentadbir sebuah kerajaan tanpa majoriti. Apakah usul akan diluluskan tanpa majoriti, kalau itu yang terjadi semakin punah dan gila kuasalah orang - orang yang gila kuasa. Fikirkanlah setiap usul yang DS Nizar akan kemukakan akan mendapat bantahan dari majoriti ahli DUN. Adakah Undi tidak percaya yang akan dilakukan kepada speaker dan MB oleh BN akan diterima oleh DS Nizar dengan hati yang tenang dan Demokrasi yang mereka lekatkan di bawah Pohon Keramat mereka. FIkirkanlah NNT sambung balik aku nak balik dah... hehehe

Keputusan Mahkamah Tentang Rayuan DSNJ

Mahkamah Tinggi putuskan DS Nizar MB Perak yang sah.
Mahkamah Tinggi juga bersetuju dengan permohonan DS Nizar bahawa kerusi MB tidak kosong dan beliau masih MB yang sah.

Mahkamah tolak permohonan peguam Dr Zambry untuk tangguhkan keputusan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuan rasmi.

Untuk Maklumat lanjut Tekan DISINI

Tahziah Kepada Keluarga Tok Esah

Assalamualaikum....
Semoga orang kampung yang berada di perantauan berada dalam sihat sejahtera.

Untuk maklumat semua. Tok Esah ibu kepada pak chok, Mat Jan , Cikgu Jali dan ahli keluarga yang lain telah meninggal dunia pada hari jumaat malam sabtu lebih kurang 10.00 mlm dalam message yang aku terima.

Semoga Allahyarhamah berada di dalam rahmat ALLAH s.w.t selalu.

Dengan lafaz Bismisllah Kita sedekah kan alfatihah kepada beliau. AL Fatihah.

Pengumuman

1. Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 akan diadakan pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009.

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang).











Prompt: Kalau maha nak tengok sidang parlimen kena buka ikut Internet Explorer tapi kalau maha tak nampak jugak maha download pemain enjin Internet Explorer ni :
Download Now


Siaran langsung juga boleh diikuti melalui website berikut :

1. Tv Pas.com
2. WebTv Pas
3. Parliement News

Pilih la maha minat tengok yang mana satu kat bawah ni. Kalau maha minat dengar radio lagi bagus kalau maha download Winamp Download sini