Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Semoga Seluruh penduduk Kampung Kuak Luar selalu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Segala yang tersilap harap dimaafkan. Apa - apa yang tersurat di dalam blog ini, tiada niat untuk menyakiti sesiapa. Hanya untuk renungan bersama.

Bacaan Al Quran

Sabtu, 15 Ogos 2009

Majlis Sambutan Ramadhan

Assalamualaikum..

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Segala Puji Bagi ALLAH tuhan yang memerintah sekalian alam.
Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w, seluruh ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda. Juga kepada seluruh anbia' yang telah diamanahkan untuk menyampaikan kebesaran ALLAH, juga kepada para syuhada yang telah mempertahankan agama suci kita ini, juga kepada para ahli sufi yang mengharumkan keagungan islam , juga kepada para ulama yang telah menyampaikan risalah islam setelah perginya junjungan kita nabi muhammad s.a.w

Pada ahad 16.08.2009 bersamaan 25 syaaban 1430 bertempat di dewan orang ramai kampung kuak luar akan diadakan Majlis Sambutan Ramadhan. Sesungguhnya ramadhan telah hampir tiba. Alangkah bersyukurnya kita apabila masih ditemukan oleh ALLAH dengan bulan Ramadhan. Bulan yang membawa seribu keberkatan kepada kita. Bulan yang dalamnya ada lailatul qadar ( malam yang lebih baik dari seribu bulan ) melalui firma ALLAH :

AL QADR(KEMULIAAN)
SURAH KE 97 : 5 ayat

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sesungguhnya amat gembiralah bagi yang menunggu ramadhan. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, ramadhan mengenal kita erti kekuasaan ALLAH s.w.t dan ramadhan mengajar kita melawan nafsu.

Di dalam ramadhan adanya tanggungjawab kita sebagai seorang islam. di dalamnya ada fardu yang ketiga kepada kita iaitu berpuasa. Sesungguhnya puasa adalah rukun islam yang ketiga. Jika rukun di dalam sembahyang tidak kita lakukan pasti terbatal sembahyang kita. tidak dikira sembahyang kita. maka islamkah kita apabila tidak menunaikan rukun islam yang ketiga.

Puasa dari segi makna adalah menahan diri daripada makan dan minum. Puasa dari segi syara' pula menahan nafsu makan , minum , syahwat, pancaindera seperti mata , telinga , mulut daripada melakukan maksiat atau kezaliman ( meletakkan sesuatu di tempat yang salah ) pada waktu yang ditetapkan yakni setelah terbitnya fajar sehingga terbenamnya fajar mentari.

Di dalam ramadhan kita dianugerahkan dengan bangun sahur di sebelah awal pagi dan kenikmatan berbuka puasa di awal malam. Kita diberi pahala yang banyak bagi yang bersahur. kita juga disyorkan supaya melewatkan waktu bersahur supaya tidak terasa terlalu lama untuk menahan lapar. Kita juga diberi pahala pada waktu berbuka dan digalakkan supaya mempercepatkan waktu berbuka yakni terus berbuka apabila masuk waktunya dengan makanan yang manis - manis.

Di malam ramadhan kita di anugerahkan dengan sembahyang sunat terawih. Buatlah seberapa yang kita mampu 8 rakaat sehingga 20 rakaat dan ditutupkan dengan sunat witir 3 rakaat. Buatlah bersambung - sambung ataupun terputus putus seperti selepas dua rakaat keluar minum sambung semula selepas itu. Hiasilah malam ramadhan kita dengan beribadat kepada ALLAH s.w.t. Pelbagai sembahyang sunat yang diajar kepada kita yang tidak kita mampu lakukan pada hari biasa lakukan lah pada bulan ramadhan. Berdoalah kita sebanyaknya di bulan ramadhan kerana doa kita terus diterima oleh ALLAH s.w.t.

Sebelum ini kita sudah terlepas dengan bulan rejab tunggulah tahun hadapan pula. Kita sudah berada di penghujung bulan syaaban. Tetapi kini jangan pula kita lepaskan ramadhan yang hampir tiba.

Akhir sekali tujuan artikel ini ditulis untuk menjemput semua ke Majlis Sambutan Ramadhan yang diusahakan oleh ketua Belia kita En. jalil n da geng. Semoga ALLAH memberkati segala usaha mereka. Marilah sama - sama kita membantu dalam mengimarahkan majlis yang mulia ini pada tarikh seperti di atas. waktu jalil x cerita la kat aku lagi.. udah hantar message tapi dia x jawab.

Rabu, 5 Ogos 2009

Malam Nisfu Syaaban

Bismillah Hirohhma Nirrohim.
Dengan Nama ALLAH yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Alhamdulillah Hirobbil 'Alamin. Segala puji Bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekelian Alam. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulan Nabi dan Ramadhan adalah bulan Ummat.
Di dalam bulan rejab kita dianugerahkan malam isra' mekraq, bulan ramadhan kita di anugerahkan dengan malam Lailatul Qadar ( yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan ) dan pada bulan ini yakni bulan Syaaban kita di anugerahkan oleh Maha Pencipta dengan Malam Nisfu Syaaban. Malam yang dianugerahkan kita dengan pahala yang berganda. Apakah yang kita faham tentang malam nisfu Syaaban ini? Malam ini adalah malam nisfu Syaaban, malam yang dikatakan penutup segala buku untuk tahun ini dan digantikan kita dengan buku yang baru. Malam yang mengharuskan kita merenung kepada amalan kita pada tahun ini. Renunglah di dalam diri kita apakah yang telah kita lakukan. Janganlah kita merenung pada orang lain. Walaupun kita sering nampak kuman di seberang tetapi gajah di depan mata sering terlepas pandang.

Pelbagai kelebihan telah diberikan kepada bulanSyaaban. Bagi yang terlepas untuk mendapatkan kelebihan bulan Rejab kejar bulan Syaaban ini. Lakukanlah amalan - amalan yang akan meningkatkan iman kita seperti imarahkanlah malam - malamnya dengan sembahyang sunat dan siangnya dengan berpuasa. Tetapi sayang bagi yang berpuasa pada hari 15 syaaban sahaja.

Malam ini, malam menyambut Nisfu Syaaban hiasilah malam ini dengan pelbagai amalan yang telah di khaifiyatkan kepada kita seperti membaca yasin, sembahyang sunat nisfu dan pelbagai doa yang telah dibacakan oleh penghulu kita dan sahabat2nya serta waris - warisnya yang terdahulu dari kita. Malam ini selepas solat maghrib secara berjemaah di masjid hiasilah dengan sembahyang sunat ba'diah ,awabin dan solat sunat nisfu syaaban. sesudah itu bacalah surah yasin sebanyak 3 kali. Dan berdoalah dengan hati yang tulus ikhlas kepada ALLAH s.w.t yang maha kaya.

Bacaan Yasin yang pertama - Mohonlah supaya umur dipanjangkan dalam kebajikan.

Bacaan yasin yang kedua - Semoga kita menjadi ummat yang kaya ( tidak meminta selain dari ALLAH s.w.t )

Bacaan Yasin yang Ketiga - Ditetapkan iman di dalam hati kita ( sering mengingati ALLAH s.w.t)

Ada pelbagai kifayat dalam mengimarahkan malam nisfu Syaaban ini. Buatlah apa juga cara yang kita mampu. Di atas adalah amalan yang sering dilakukan oleh orang biasa seperti kita. Tetapi alangkah bagusnya jika kita dapat menambahkan lagi amalan - amalannya seperti menambahkan sembahyang sunat awabin diantara bacaan yasin.

Maaf dipinta kerana artikel x sempat disempurnakan kerana ada hal sikit... Boleh juga baca kat sini : Mache Boy
Nanti aku tulis lain .. Yang penting bermula pada malam ini marilah kita mengimarahkan masjid pada setiap waktu. Hanya 5 waktu difardhukan kepada kita mungkin selama 10 - 15 minit hanya 1 jam sahaja sehari. Luangkan masa kita. kerana pasti kita dipanggil untuk bertemu yang maha kuasa. sesungguhnya setiap manusia itu pasti akan merasai mati. Selepas itu kita akan kekal selamanya di syurga atau nereka. Pasti binasa bagi penghuni Nereka kerana dilaknat oleh yang maha kuasa maka sudah tentu gembiranya ahli Syurga selamanya kerana dirahmati dan dikasihi oleh yang maha pengasih lagi maha penyayang. Assalamualaikum..

Rabu, 15 Julai 2009

Pak Da Leman Kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum...

Takziah diucapkan kepada keluarga Pak Da Leman kerana kembalinya beliau ke rahmatullah lebih kurang pukul 11 pagi tadi. Terlalu banyak kenangan aku bersama dengan Pak Da leman terutama tibanya musim korban ( raya haji la.. ) sebab ramai yang akan cari beliau untuk menyempurnakan sembelihan korban. Pak Da leman juga menjadi temanku semasa kuliah di masjid kuak luar. Beliau selalu mengurut belakang ku apabila selesai kuliah.

Semoga roh beliau ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman dan beliau ditempatkan kedalam syurga jannatul firdaus. Al - fatihah di hadiahkan kepada beliau . Al fatihah.

Rintis penyatuan Melayu - Raja Muda PERAK

"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara,"

Isnin, 6 Julai 2009

Terima Kasih Kerajaan

Tahniah kepada semua Penolong Pegawai Tanah ( PPT ) kerana penganugerahan skim terbaru yang diluluskan oleh kerajaan melalui Pekeliling Perkhidamatan 16/2009 . Sekalung ribuan terima kasih juga kepada AJK Penolong Pegawai Tanah yang bertungkus lumus untuk menjayakan skim ini. Mulai hari ini diminta semua Penolong Pegawai Tanah hendaklah bekerja dengan bersungguh - sungguh dengan anugerah yang telah diberikan. Tanggungjawab juga semakin bertambah untuk Penolong Pegawai Tanah maka sesungguhnya semua Penolong Pegawai Tanah hendaklah menambah ilmu pengatahuan mereka di dalam bidang tanah. Dengan beban kerja yang semakin bertambah sudah semestinyalah ilmu menjadi teman yang sejati. Sesungguhnya amalan yang tiada ilmu tidak akan dihitung oleh ALLAH s.w.t.

Rabu, 27 Mei 2009

Adu Domba - Kisah Kedua

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.” (Muslim)

Sesungguhnya janji ALLAH s.w.t adalah benar dan pasti akan berlaku. Apabila tiba waktunya maka terjadi ia. Kalam ALLAH " JADILAH " maka " JADILAH IA". Maka telah tertulis dalam suratan ILAHI sesungguhnya Dato' Dr Zamri telah menggantikan Dato' Sri Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Kenapa sesetengah golongan tidak dapat menerima ketentuan ini. Adakah mereka lebih mengetahui sesuatu kebaikan atau keburukan itu dari YANG MAHA MENGETAHUI. Andainya begitu mengapa perlu mereka melakukan pelbagai perkara sedangkan mereka telah tahu apa yang akan dan sedang terjadi.

PAK TEH telah menerima dengan hati yang terbuka tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya seluas 45 Ekar. Bersyukur kepada ALLAH s.w.t dengan anugerah itu. Anugerah yang dikatakan telah dikurniakan oleh PAKATAN RAKYAT sedikit sebanyak dapat menceriakan hari - harinya yang mendatang. Tanah yang dicadangkannya untuk meningkatkan lagi jalan dan cara untuk menyampaikan JANJI ALLAH kepada hamba - hambanya. Dengan nada yang lantang PAKATAN RAKYAT telah memaklumkan kepada semua rakyat PERAK bahawa anugerah itu telah disempurnakan hanya sanya memakan masa hanya 5 minit. Dan tanah itu telah diluluskan oleh Ust baru iaitu Ust Nga. Maka dengan rasa bangganya mereka mengumumkan kepada RAKYAT PERAK itulah cara untuk menolong golongan yang menyampaikan risalah ALLAH. Dan dikatakan kepada RAKYAT PERAK bahawa tanah itu telah dikurniakan kepada PAK TEH atas nama PAK TEH di dalam hakmiliknya. Tetapi dengan rasa rendah diri PAK TEH dan mengetahuinya itulah ketentuan ILAHI yang sudah tersirat POLITIK adalah POLITIK. Walau siapapun mereka penipuan akan berlaku di dalam politik.

Tanah yang dicanang kepada RAKYAT PERAK bahawa itulah tanah PAK TEH untuk mengembangkan ilmu agama hanyalah mimpi di siang hari. Pada suatu hari dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT, PAK TEH telah dipanggil untuk bermesyuarat tentang pembangunan tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya. PAK TEH telah dimaklumkan bahawa tanah itu telah digazetkan untuk MAJLIS AGAMA ISLAM. Setiap pembangunan ke atas tanah itu tidaklah mempunyai hak PAK TEH ke atasnya kecuali MAJLIS AGAMA. PAK TEH telah di nasihatkan kepadanya bahawa sanya tidak dibenarkan untuk membangunkan tanah itu walaupun dengan sebuah pondok. Dan di atas tanah itu MAJLIS AGAMA sahaja yang berhak keatasnya. PAK TEH dikehendaki untuk membuat segala perincian keatas tanah itu jika ingin membangunkannya. Dan jika perincian itu diluluskan oleh mereka yang diangkat menjadi AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH maka barulah PAK TEH dibenarkan membangunkannya. Dan PAK TEH juga dinasihatkan supaya tanah itu hanya boleh dibangunkan dengan tanaman KOMESIAL seperti GETAH atau KELAPA SAWIT. Dan setiap keuntungan ke atasnya haruslah dibahagi empat. Pertama kepada MAJLIS AGAMA, Kedua Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ) yang ada disitu, Ketiga Sekolah Menengah AL- Moktariah ( juga ada di atas tanah itu ) dan keempat Pondok PAK TEH.


Sejarah tanah bermula 10 tahun dulu. Sebenarnya tanah ini asalnya bagan ragut Kg. Kuak Luar. Semasa pemerintahan Dato' Sri Diraja Tajol Rosli, beliau telah membatalkan gazet bagan ragut ini dan diluluskan untuk dibangunkan dengan Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ), Tapak Rumah Guru - guru KAFA dan Sekolah Menengah Agama al-mokhtariah yang muridnya terdiri daripada pelajar - pelajar Pondok PAK TEH seluas 20 ekar dan diluluskan atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK. Disebabkan itu tanah tersebut mempunyai baki seluas 25 ekar dan terlibat dengan Talian TNB lebih kurang 5 ekar. Melihat keadaan ini Pak Teh cuba untuk mendapatkan 20 ekar bakinya untuk dibangunkan dengan pusat pengajiannya disebabkan kawasan pengajian sedia ada hampir dipenuhi dengan pondok - pondok pelajar. Maka sebagai mudir pusat pengajiannya PAK TEH telah memohon baki tanah diatas namanya setelah berbincang dengan pelbagai pihak supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Difahamkan disebabkan beberapa masalah Dato' Sri Tajul Rosli telah menolak permohonan di atas nama PAK TEH dan meminta supaya permohonan itu ditukarkan kepada Majlis Agama untuk PONDOK PAK TEH. Satu ketentuan ILAHI telah berlaku sebelum Majlis Agama membuat permohonan ke atas tanah itu, BARISAN NASIONAL telah kalah di dalam pilihanraya ke 12 pada 8 MAC 2008.

Maka bermulalah satu era politik yang baru tanpa kajian yang teliti, tanpa rasa rendah diri dan dengan rasa bangga diri, PAKATAN RAKYAT telah meluluskan perkara ini sebelum membuat segala perincian. Dengan rasa bangga diri PAKATAN RAKYAT telah menipu semua rakyat perak. Dengan membawa perkara ini sebagai kelemahan pemerintahan yang lalu. Tetapi mereka lupa tentang kegelojohan mereka ini telah memakan diri. Maka ditakdirkan ILAHI hanya 11 bulan pemerintahan diberi disebabkan gabungan yang tidak diredhoi.

Mungkin perkara ini DS Nizar pun tidak tahu dan tidak pernah untuk rasa ambil tahu sebelum ini. Mungkin perkara ini dipermainkan oleh ahli jawatan PAS KAWASAN. DS Nizar jangan mudah ditipu oleh PAS KAWASAN.

Selasa, 26 Mei 2009

Adu Domba - Kenapa jadi begini ( kisah pertama )

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad S.A.W , Ahli keluarga baginda dan juga sahabat baginda sekalian.

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon yang menyuruh aku membaca surat khabar harakah. Tetapi disebabkan sudah tiada lagi surat khabar harakah maka aku meminta kepada penelefon tadi untuk menerangkan apakah sebabnya beliau ingin sangat aku membaca Harakah iaitu surat khabar rasmi bagi satu parti politik yang aku hormati. Walaupun aku tidak menjadi salah seorang ahlinya kerana aku adalah ahli kepada satu lagi Parti Melayu. Tetapi aku amat menghormati kepada Parti ini kerana Ahli - ahlinya terdiri daripada Ulama' - Ulama' melayu masakini. Dan disebabkan itu aku tidak berani untuk memperkatakan sesuatu yang buruk kepada Parti ini. Ulama' adalah pewaris nabi, maka menghina ulama seperti menghina nabi. Aku tidak mahu tergolong di dalam golongan orang - orang yang menghina nabi. Bahawasanya Nabi terutama Nabi Muhammad S.A.W adalah makhluk ALLAH yang paling mulia, makhluk yang diciptakan ALLAH paling Cantik, Indah dan sempurna. Tidak ada lagi nabi selepas nabi Muhammad S.A.W dan pewarisnya adalah para ulama'.

Jadi bagaimana aku ingin menghina mereka yang aku anggap ulama ini. Sesungguhnya ilmu mereka di dalam bidang Agama amatlah tinggi. Apalah ada pada diriku yang selalu lari apabila azan berkumandang keudara. apalah yang ada padaku yang selalu mengejar kemenangan dunia. Waktu sekolah aku selalu ponteng. Pintu pagar belakang menjadi temanku diwaktu rehat. sedangkan temanku yang lain menjadikan waktu belia mereka dengan mencari ilmu tetapi aku mencari keseronokan yang tiada bayang. Hanya angan - angan dan impian kosong yang ku kejar.

Maka sekarang aku bangun untuk mencari cahaya. Aku mencari apa yang telah aku janjikan pada yang maha pencipta. Aku mencari janji - janji maha pencipta kepada hamba - hambanya. Siapa lagi yang akan menepati janji jika bukan Maha Penepati Janji. Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah yang bersifat dengan kebenaran. Tidak ada satu Kalam yang diucapkannya adalah bohong. Kesemuanya menunjukkan kebenaran. Kebenaran yang dijanjikannya kepada hamba - hambanya. Sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.

Setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang dan setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sebesar zarah pasti akan ditimbang. Itu janji ALLAH s.w.t kepada semua hambanya. Kerana Al - quran itu diturunkan semua manusia, Tidak kira bangsa, keturunan inikan pula parti politik. Tidak kira kulit kita apa warnanya kuning, putih, hitam dan sebagainya. Al - quran menjadi pedoman dan panduan kepada kita semua. Sesungguhnya jalan yang benar adalah bagi yang mengikuti al - quran dan sunah nabi s.a.w.

Hati al - quran berbunyi " Katakanlah ( wahai muhammad ) sesungguhnya Allah itu esa , ALLAH tempat kita memohon pertolongan, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada satupun yang menyerupainya atau sekufu dengannya dan ALLAH itu Esa."

Didalam kitab hidayatul Salikin ada menyebut sabda nabi " Sesungguhnya aku lebih takut kepada ulama' suk ( jahat ) daripada dajal yakni ulama yang mementingkan dunia ". Maka hari ni ramailah mengangkat diri mereka sebagai yang baik, pembela agama, penegak kepada kebenaran. Sehinggakan diri mereka direndahkan mereka sendiri. Merekalah yang membawa kebaikan kepada semua ummat melayu dengan memberi janji - janji manis syurga ALLAH. Sehinggakan yang diangkat kepada pembela agama di negeri ini dihina, dicaci, dimaki dan digelarkan dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan. Mungkin apalah yang ada dengan gelaran MUFTI itu. Seorang yang diangkat semasa pemerintahan Khalifah yang lain. Tidak semasa Khalifah daripada golongan mereka. Mufti telah dikaitkan dengan sabda NABI s.a.w seperti di atas kerana tidak berpihak kepada golongan mereka. Andai kata ucapan Mufti memihak kepada mereka pasti dia dijulang, disanjung dan diangkat pada satu tempat yang tinggi.

Setiap kesilapan pasti akan dihukum, tiada kemaafan kepada golongan yang membuat silap. Walaupun kesilapan itu hanya dari pandangan mata golongan mereka. Semua dihukum sehingga di doakan supaya mendapat laknat dari ALLAH s.w.t . Sungguh tinggi ilmu mereka sehinggakan setiap lubang kesilapan walaupun sebesar lubang jarum pasti akan dicari. pasti akan direka supaya tiada titik untuk disambung, tiada jalan untuk menuju kepada perpaduan. Perpaduan bagi mereka satu mala petaka kerana binasalah golongan mereka. Perpaduan akan mematikan langkah mereka. Mereka lupa seketika " DAN berpegang teguhlah kamu dengan Tali ALLAH dan jangan kamu berpecah belah".

Setiap langkah mereka juga telah diperhatikan, akan diperhatikan tetapi setiap langkah itu pasti akan tercatat pada bukunya. Sesungguhnya Rakib dan Atib tidak akan lupa janji mereka kepada yang Esa. Kebenaran tiada putus bagi mereka. Kebenaran menjadi pena mereka. Walaupun yang tersirat inikan pula yang tersurat pasti kebenaran itu datang bagi hambanya yang memohon berada di pihak benar.

Pengumuman

1. Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 akan diadakan pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009.

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang).











Prompt: Kalau maha nak tengok sidang parlimen kena buka ikut Internet Explorer tapi kalau maha tak nampak jugak maha download pemain enjin Internet Explorer ni :
Download Now


Siaran langsung juga boleh diikuti melalui website berikut :

1. Tv Pas.com
2. WebTv Pas
3. Parliement News

Pilih la maha minat tengok yang mana satu kat bawah ni. Kalau maha minat dengar radio lagi bagus kalau maha download Winamp Download sini