Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Semoga Seluruh penduduk Kampung Kuak Luar selalu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T

Segala yang tersilap harap dimaafkan. Apa - apa yang tersurat di dalam blog ini, tiada niat untuk menyakiti sesiapa. Hanya untuk renungan bersama.

Bacaan Al Quran

Rabu, 27 Mei 2009

Adu Domba - Kisah Kedua

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.” (Muslim)

Sesungguhnya janji ALLAH s.w.t adalah benar dan pasti akan berlaku. Apabila tiba waktunya maka terjadi ia. Kalam ALLAH " JADILAH " maka " JADILAH IA". Maka telah tertulis dalam suratan ILAHI sesungguhnya Dato' Dr Zamri telah menggantikan Dato' Sri Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Kenapa sesetengah golongan tidak dapat menerima ketentuan ini. Adakah mereka lebih mengetahui sesuatu kebaikan atau keburukan itu dari YANG MAHA MENGETAHUI. Andainya begitu mengapa perlu mereka melakukan pelbagai perkara sedangkan mereka telah tahu apa yang akan dan sedang terjadi.

PAK TEH telah menerima dengan hati yang terbuka tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya seluas 45 Ekar. Bersyukur kepada ALLAH s.w.t dengan anugerah itu. Anugerah yang dikatakan telah dikurniakan oleh PAKATAN RAKYAT sedikit sebanyak dapat menceriakan hari - harinya yang mendatang. Tanah yang dicadangkannya untuk meningkatkan lagi jalan dan cara untuk menyampaikan JANJI ALLAH kepada hamba - hambanya. Dengan nada yang lantang PAKATAN RAKYAT telah memaklumkan kepada semua rakyat PERAK bahawa anugerah itu telah disempurnakan hanya sanya memakan masa hanya 5 minit. Dan tanah itu telah diluluskan oleh Ust baru iaitu Ust Nga. Maka dengan rasa bangganya mereka mengumumkan kepada RAKYAT PERAK itulah cara untuk menolong golongan yang menyampaikan risalah ALLAH. Dan dikatakan kepada RAKYAT PERAK bahawa tanah itu telah dikurniakan kepada PAK TEH atas nama PAK TEH di dalam hakmiliknya. Tetapi dengan rasa rendah diri PAK TEH dan mengetahuinya itulah ketentuan ILAHI yang sudah tersirat POLITIK adalah POLITIK. Walau siapapun mereka penipuan akan berlaku di dalam politik.

Tanah yang dicanang kepada RAKYAT PERAK bahawa itulah tanah PAK TEH untuk mengembangkan ilmu agama hanyalah mimpi di siang hari. Pada suatu hari dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT, PAK TEH telah dipanggil untuk bermesyuarat tentang pembangunan tanah yang dikatakan telah dianugerahkan kepadanya. PAK TEH telah dimaklumkan bahawa tanah itu telah digazetkan untuk MAJLIS AGAMA ISLAM. Setiap pembangunan ke atas tanah itu tidaklah mempunyai hak PAK TEH ke atasnya kecuali MAJLIS AGAMA. PAK TEH telah di nasihatkan kepadanya bahawa sanya tidak dibenarkan untuk membangunkan tanah itu walaupun dengan sebuah pondok. Dan di atas tanah itu MAJLIS AGAMA sahaja yang berhak keatasnya. PAK TEH dikehendaki untuk membuat segala perincian keatas tanah itu jika ingin membangunkannya. Dan jika perincian itu diluluskan oleh mereka yang diangkat menjadi AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH maka barulah PAK TEH dibenarkan membangunkannya. Dan PAK TEH juga dinasihatkan supaya tanah itu hanya boleh dibangunkan dengan tanaman KOMESIAL seperti GETAH atau KELAPA SAWIT. Dan setiap keuntungan ke atasnya haruslah dibahagi empat. Pertama kepada MAJLIS AGAMA, Kedua Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ) yang ada disitu, Ketiga Sekolah Menengah AL- Moktariah ( juga ada di atas tanah itu ) dan keempat Pondok PAK TEH.


Sejarah tanah bermula 10 tahun dulu. Sebenarnya tanah ini asalnya bagan ragut Kg. Kuak Luar. Semasa pemerintahan Dato' Sri Diraja Tajol Rosli, beliau telah membatalkan gazet bagan ragut ini dan diluluskan untuk dibangunkan dengan Sekolah Agama Rakyat ( KAFA ), Tapak Rumah Guru - guru KAFA dan Sekolah Menengah Agama al-mokhtariah yang muridnya terdiri daripada pelajar - pelajar Pondok PAK TEH seluas 20 ekar dan diluluskan atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK. Disebabkan itu tanah tersebut mempunyai baki seluas 25 ekar dan terlibat dengan Talian TNB lebih kurang 5 ekar. Melihat keadaan ini Pak Teh cuba untuk mendapatkan 20 ekar bakinya untuk dibangunkan dengan pusat pengajiannya disebabkan kawasan pengajian sedia ada hampir dipenuhi dengan pondok - pondok pelajar. Maka sebagai mudir pusat pengajiannya PAK TEH telah memohon baki tanah diatas namanya setelah berbincang dengan pelbagai pihak supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Difahamkan disebabkan beberapa masalah Dato' Sri Tajul Rosli telah menolak permohonan di atas nama PAK TEH dan meminta supaya permohonan itu ditukarkan kepada Majlis Agama untuk PONDOK PAK TEH. Satu ketentuan ILAHI telah berlaku sebelum Majlis Agama membuat permohonan ke atas tanah itu, BARISAN NASIONAL telah kalah di dalam pilihanraya ke 12 pada 8 MAC 2008.

Maka bermulalah satu era politik yang baru tanpa kajian yang teliti, tanpa rasa rendah diri dan dengan rasa bangga diri, PAKATAN RAKYAT telah meluluskan perkara ini sebelum membuat segala perincian. Dengan rasa bangga diri PAKATAN RAKYAT telah menipu semua rakyat perak. Dengan membawa perkara ini sebagai kelemahan pemerintahan yang lalu. Tetapi mereka lupa tentang kegelojohan mereka ini telah memakan diri. Maka ditakdirkan ILAHI hanya 11 bulan pemerintahan diberi disebabkan gabungan yang tidak diredhoi.

Mungkin perkara ini DS Nizar pun tidak tahu dan tidak pernah untuk rasa ambil tahu sebelum ini. Mungkin perkara ini dipermainkan oleh ahli jawatan PAS KAWASAN. DS Nizar jangan mudah ditipu oleh PAS KAWASAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengumuman

1. Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 akan diadakan pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009.

Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang).











Prompt: Kalau maha nak tengok sidang parlimen kena buka ikut Internet Explorer tapi kalau maha tak nampak jugak maha download pemain enjin Internet Explorer ni :
Download Now


Siaran langsung juga boleh diikuti melalui website berikut :

1. Tv Pas.com
2. WebTv Pas
3. Parliement News

Pilih la maha minat tengok yang mana satu kat bawah ni. Kalau maha minat dengar radio lagi bagus kalau maha download Winamp Download sini